Thursday, 25 August 2016

REHAT MINDA



Tinggalkan pandangan yang liar nescaya akan tekun dan khusyuk.
Tinggalkan perkataan yang berlebih-lebihan nescaya akan mendapat hikmah dan menjadi orang yang bijakasana.

Tinggalkan makan yang melampaui batas nescaya akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
Tinggalkan melihat cacat(aib) orang lain nescaya akan lebih mengenal cacat sendiri.
Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang zat illahi, nescaya akan terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

*************************************************************




Bila hati hilang fungsi untuk mencintai Allah, sungguh ia lebih sengsara dari mata yang kehilangan
penglihatan. dan dari telinga yang kehilangan pendengaran....


************************************************************




Gunakanlah hatimu untuk selalu berzikir kepada Allah s.w.t. kerana hati selalu cepat lupa kepada Allah s.w.t.


************************************************************




Wasiat Nabi kepada Ali bin Abi Talib.

Wahai Ali, sesiapa yang makan yang halal nescaya jernihlah agamanya...lembutlah hatinya.
Wahai Ali, sesiapa yang makan yang ragu-ragu (tidak jelas halal atau haram) nescaya samarlah agamanya dan gelaplah hatinya.
Sesiapa yang makan makanan haram, maka matilah hatinya dan nipislah agamanya dan lemahlah keyakinannya. Allah dindingkan doanya dan sedikitlah ibadahnya.


*************************************************************




Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan
menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka....



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...