Monday, 15 August 2016

TARBIYAH HATI



Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi hati kita semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan segala amal.

Tapi kita lupa Allah nak kita buat lebih lagi. Buat amal, amal, amal, amal, sampai kita dapat rasa kehangatan cinta dengan Allah.

Dapat menangis, merintih, tunduk dan sujud. Itulah yang sangat nikmat bagi orang beriman.

Dan kadang kala benda itu kita akan rasa nak buat sungguh-sungguh bila Allah uji dengan pelbagai aspek.

Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin tak berapa nak rasa buat amal, doa menangis-nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa itulah kita akan bersungguh-sungguh jaga amal dan berdoa sampai menangis.

Hargailah fasa down ni. Hargai fasa tengah stress dan tertekan.

Sebab Allah nak bagi kita kesedaran agar lebihkan sujud pada-Nya meminta ampun dari dosa yang sengaja dan tidak disengajakan.

Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita dan Allah berseorangan diri. Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, ambil masa, rehat dan iktikaf di majlis untuk beberapa hari.
IKTIKAF. Cari ketenangan di masjid.
Baca quran banyak-banyak dan zikir.
Istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Ucap syukur pada Allah dengan sebanyak-banyaknya.

In shaa Allah kita akan rasa lebih tenang. Kita akan tersenyum disaat air mata kita berlinangan kerana Allah s.w.t. Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaan NYA, Wallahhu Ta'ala A'lam.



- abuhanifah.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...