Friday, 26 August 2016

NUKILAN BUAT SAHABAT


Bukan mudah untuk menjadi insan yang terbaik sekiranya kita tidak mampu memberikan kebaikan kepada sesama insan, sama ada menerusi lisan atau perbuatan.
Jaga fikiran, jaga tindakan dan jaga amalan agar kita hidup sentiasa dalam keredhaan.


****************************************************************


Kesabaran itu indah walau bukan mudah, kecekalan itu manis walau ada kalanya pesimis. Hidup perlu optimis untuk menghadapi sebuah realiti. Yang elok dan manis akan lahir dari hati yang menghiasi peribadi.


****************************************************************




Tiada kematian yang paling menakutkan diriku, selain daripada kematian iman, kematian hati dan kematian akal, kerana bila semuanya tidak berfungsi dengan baik, maka hidup yang dijalani sudah menjadi tidak bererti.


*************************************************************

Sifat amanah menyebabkan manusia dipercayai. Tanpanya rendahlah kualiti diri. Mencari insan yang
amanah, ibarat mencari seteguk air di padang pasir. Letih lesu dan amat payah nak ditemui.


**************************************************************

Hidup yang terindah bilamana segala urusan dan rezeki kita dipermudahkan oleh Allah, biarpun dihalangi dengan seribu satu dugaan dan cabaran untuk beroleh kejayaan....keyakinan biar teguh, kesabaran biar utuh, ketabahan biar ampuh dan semangat jangan luluh...


**************************************************************

Tamatkan masa untuk bersedih, mulakan kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya setelah melewati musim-musim dugaan yang diberikan untuk aku belajar erti hidup dan persahabatan.


**************************************************************



Kejahilan yang paling teruk adalah jahil untuk faham agama dan juga jahil mengenali diri sendiri. Buka hati cermin diri, tilik peribadi itulah sifat insan terpuji yang tidak asyik mencari kejelekan orang lain demi untuk kekuasaan dan kekuatan diri....


**************************************************************

Ada ketika aku lebih suka berdiam diri, bukan bermakna aku tidak berani untuk bersuara, cuma aku sekadar mencermati lidah agar tidak menghiris hati sesiapa...

**************************************************************

Berilah harapan yang terbaik pada diri sendiri, kerana dengan harapan yang dibentangkan kita bersungguh dalam berusaha untuk berlari menuju ke pintu kejayaan.


**************************************************************

Bila kita berdiri, berdirilah di atas paksi iman kerana walau kita ditolak, kita tidak akan sekali-kali akan rebah dan tumbang dengan adanya kekuatan jiwa dan taqwa yang kita miliki...





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...