Kita tidak boleh kata orang yang kuat membaca akan jadi kaya. Namun apabila kita memeriksa orang-orang kaya kita akan dapati tabiat mereka adalah membaca.
Membaca adalah penting untuk mencari ilmu supaya otak bergerak supaya dapat membentuk kehidupan. membanding dan mencapai, menanam cita-cita.
Yang nyata membaca samada melalui buku atau media elektronik yang lain memberi kesan yang besar ke atas hidup manausia.
Rajin membaca pada peringkat awal membawa kepada kehidupan yang lebih senang dan tidak menyalahkan orang lain. Sebab yang membaca mendapat input dan memberi input.
Satu kajian telah dijalankan menunjukkan 88% orang kaya membaca setiap hari paling kurang setengah jam. Dan kajian ke atas orang miskin hanya 2% sahaja membaca lebih dari setengah jam sehari.
Manakala didapati 88% responden kaya suka membaca berbanding hanya 26% responden miskin suka membaca.
- sumber.