Showing posts with label Kata-Kata Ulama. Show all posts
Showing posts with label Kata-Kata Ulama. Show all posts

Friday, 5 June 2020


Baginda Nabi SAW bersabda; احذروا الدنيا !! فإنها أسحر من هاروت و ماروت . Waspadalah terhadap dunia!! Sungguh sihir dunia lebih dahsyat dari sihir harut dan marut .. • رسالة المذاكرة ”الإمام عبدالله بن علوي الحداد“ ص ٤٥

Tasawuf Menurut Imam Asy-Syadzili; jalan tasawuf itu bukanlah jalan kerahiban, menyendiri di goa, meninggalkan tanggung jawab sosial, tampak miskin menderita, memakan makanan sisa, pakaian compang-camping dsb. Tetapi, jalan sufi adl jalan ksabaran dan kyakinan dlm petunjuk Ilahi. Imam Asy-Syadzili mengatakan; “tasawuf ini sungguh mulia, padanya lima perkara, yakni: sabar, takwa, wara’, yakin dan makrifat. (Sabar jika ia disakiti, takwa dengan tidak menyakiti)
bersikap wara’ terhadap yang keluar masuk dari sini .. "beliau menunjuk ke mulutnya dan pada hatinya" bahwa tidak menerobos masuk ke dalamnya selain apa yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, serta keyakinan terhadap rezeki (yang diberikan Allah)
Serta bermakrifat terhadap Al-Haqq, yang tidak akan hina seseorang bersamanya, kepada siapapun dari makhluk. Dalam ungkapan sebagian dari mereka menyebutkan, (Tidak akan dianggap mudah melakukan itu, kecuali bagi seorang hamba yang memiliki cinta).
Dia yang tidak mencintai kecuali karena Allah semata atau mencintai apa yang Allah perintahkan sebagai syariat agamanya.” (Disadur dari kitab Durrat Al-Asrar wa Tuhfat Al-Abrar karya Muhammad Ibn Abi Qasim Al-Humairi).

Friday, 19 July 2019

TARBIYAH SENTAP



Imam Ibn Qayyim pernah menyebut;

"Membuang masa ( dengan perkara dosa maksiat, tak berfaedah, lagha, dan lain-lain) lebih buruk daripada kematian. Kerana kematian memisahkan kamu daripada dunia ini, sedangkan membuang masa memisahkan kamu daripada Allah."


"Perbuatan dosa itu memiliki banyak kesan sampingan. Salah satunya adalah ia akan 'mencuri' ilmu pengetahuan daripada dirimu."

Maksud mencuri ini boleh jadi,
1. Ilmu tidak berkat.
2. Kita terlupa hafazan Quran atau apa-apa hafalan.


"Seseorang yang hatinya kosong dari (mengingati) Allah dan akhirat akan diuji dengan kecintaan terhadap dunia.
Perkara yang paling berat baginya adalah solat, yang paling dia benci adalah berlama-lamaan di dalam solat."






Thursday, 22 November 2018

AKHLAK DAN ADAB




Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperolehi melalui mujahadah membersihkan hati...

Jangan pelik melihat orang berilmu tetapi tiada akhlak kerana hatinya masih kotor dengan dosa dan penyakit hati...

Tidak aku temui orang yang kuat berzikir, melainkan akhlaknya amat lunak dan menenangkan...

Akhlak dan adab mendepani ilmu. Ilmu tanpa adab dan akhlak itu umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang...

~Kalam Sufi.


Friday, 24 August 2018



Siapa yang banyak tertawa, akan jatuh wibawanya. Siapa yang banyak bercanda, akan dipandang hina. Siapa yang banyak melakukan sesuatu, akan dikenal dengannya. Siapa yang banyak berbicara, akan banyak kesalahannya, akan sedikit rasa malunya. Siapa yang sedikit rasa malunya, akan sedikit wara' nya, dan siapa yang sedikit wara' nya, hatinya akan mati.


~Kalam Sayyidina Umar al-Khattab~







Apabila engkau terlanjur berbuat dosa, maka jangan engkau berputus asa dalam menggapai istiqamah kepada Rabbmu, kerana boleh jadi itulah dosa yang terakhir yang ditakdirkan bagimu.


~Al-Imam Syeikh Ibnu Atha'illah As Sakandari~







Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu.
Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan.


~Al-Arifbillah Asy-Syeikh Ibn- Atho'illah As-Sakandari~







Nafasmu jika tidak engkau sibukkan dengan kebenaran (haq),
Nescaya akan menyibukkanmu dengan kebatilan.

~Kalam Sufi~







Jika kamu melihat seseorang, yang seakan-akan membawa kebenaran, akan tetapi dia mencela dan juga menghina.
Ketahuilah ada kecacatan ke atas niatnya. Jauhilah dia, kerana kebenaran bukan dibawa dengan jalan mencela.


~Imam Malik~







Jika engkau boleh jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak boleh menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau membenci mereka.


~Umar bin Abdul Aziz~





Jika engkau merasa takut dan berharap pada manusia, maka dia menjadi tuhanmu. Jika engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka engkau adalah hambanya, dan dia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada Allah. Seorang pencinta tidak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahu pun saat derita.

~Kata hikmah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani~


Thursday, 22 March 2018

CETUSAN MINDA



Jangan ragu untuk kembali bertaubat kepada Allah, meskipun kesalahan dan dosa mengotorimu! Sesungguhnya Dia yang menutupiku ketika dirimu di bawah atap maksiat tidak akan mempermalukanmu selagi dirimu berada di bawah sayap taubat.

~Syaikh Azzam Muhammad al-Muhaisini.



Yang selalunya memperlambatkan terkabulnya doa seorang hamba adalah kerana harapannya yang rendah kepada sang Khaid Allah dan mengharapkan sesuatu dari makhluk.
Angkatlah pandanganmu secara keseluruhan kepada Dzat yang diperlukan oleh semua makhluk. Maka engkau akan nampak tanda-tanda terkabulnya doa.

~Imam Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi


Wednesday, 6 December 2017

KATA-KATA HIKMAH ULAMA




Ketika kita dipuji oleh seseorang,
sementara kita merasa belum layak menerima pujian tersebut, 
maka sebaiknya kita mnegucapkan "Amin"

Tujuannya adalah agar pujian tersebut bisa kita jadikan doa.

~Habib Ali Al-Jifri




Suatu saat ketika ziarah Zanbal dengan beberapa sahabat dan guru mulia Al-Habib Umar bin Hafidz.
Ada salah satu murid bertanya kepada guru mulia.

"Ya Habib apakah ubat agar hati saya bersih dari suudzhon?"

Pertanyaan yang hebat dan butuh jawapan yang hebat pula dan meluas.

Habib-Umar bin Hafidz menatap wajah penanya dengan tersenyum sebagaimana adat beliau, lalu menjawab dengan jawaban yang sangat singkat :

"Jangan engkau percaya (apa yang diucapkan hatimu)"

Sollu 'alan nabiy.





"Bergembiralah pada setiap hari dengan pertambahan umurmu kerana kamu dapat bersolat padanya, dapat membaca al-Quran dan dapat bertasbih kepada Tuhanmu serta dapat beristighfar terhadap dosa-dosa kamu."

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya bahawa seorang lelaki berkata,

"Wahai Rasulullah s.a.w. , siapakah manusia yang terbaik?"

Baginda menjawab, "Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya."

Dia bertanya lagi, "Lalu siapakah orang yang terburuk?"

Baginda menjawab, "Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya."

[HR Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hakim]




Ahli ilmu yang hebat bukanlah terletak pada pandai berhujah fasih tutur katanya, tapi yang sebenarnya terletak pada adab dan akhlaknya  yang tinggi, sabar dalam dakwahnya, apabila berbicara menambahkan ilmu kita dan menjadi tenang apabila bersamanya.

~ Uwais al-Qarni



Mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya digerakkan oleh pandangan mata. Oleh itu, hendaknya mata selalu didorong melihat kepada perkara-perkara yang baik. Bila dibiarkan mata memandang yang dicegah dan diharamkan, maka pemiliknya berada di tepi jurang yang merbahaya.

~ Imam Al-Ghazali ~ Ihya 'Ulumuddin



Tuesday, 28 November 2017

MASA EMAS




PRODUKTIF KETIKA MUDA

Hakikat umur yang produktif adalah pada saat seseorang ketika usia muda kerana masa muda ibarat medan amal pencapaian segala ilmu yang diperoleh. Pada masa itu, semangatnya membuak-buak, cita-citanya menggunung tinggi, kurang hambatan dari sudut komitmen dan kesihatannya masih baik.

Seorang tabiin perempuan bernama Hafsah binti Sirin berkata, "Wahai sekalian anak muda, ekplorasilah seluruh kemampuan, kemahiran, kecekapan, bakat dan potensi kalian selagi masih muda, sebab saya tidak melihat kemungkinan untuk aktif dan produktif kecuali semasa muda."

Imam al-Nawawi pula berkata: "Semestinya seorang pelajar berusaha menghimpun pelbagai ilmu ketika masih muda. Ketika masih bertenaga, kemahuan yang tinggi, ketajaman daya fikir, kurang sibuk serta sebelum didatangi masa tua yang cenderung untuk berehat atau tidak bekerja."


SAMPAIKAN TIDAK PERASAN DITIKAM

Sayidina Umar sedang solat bersama jemaah di Masjid Nabawi. Beliau yang menjadi imam. Ketika sedang solat, lelaki Majusi; Abu Lu'lu'ah menikam Umar dengan pisau berkali-kali. Untuk melepaskan diri, dia juga turut menikam 13 orang lagi sahabat yang solat bersama.

Mereka cedera, namun solat masih diteruskan. "Tiada bunyi bising yang ketara. Sahabat yang melihat segera mengucap, Subhanallah ! Subhanallah ! Subhanallah !" Setelah mendengar tasbih di belakang, barulah Sayidina Umar tersedar bahawa beliau sudah ditikam!

Beliau kemudiannya menarik tangan Abdurrahman bin Auf, isyarat supaya menggantikannya menjadi imam. Jemaah yang berada di belakang tidak tahu apa yang berlaku. Masing-masing meneruskan solat sehinggalah selesai.

Setelah pulang, Sayidina Umar baru sedar bahawa dirinya parah. malah ia membawa maut!



KEBAIKAN TERBENTUK DENGAN WAKTU

Imam Ibn al-Qayyim berkata: "Tingkatan berfikir paling tinggi, paling agung serta paling bermanfaat adalah berfikir untuk Allah dan hari akhirat. Berfikir untuk Allah macam-macam.....Hal yang kelima: berfikir tentang tugas dan kewajipan waktu serta menghimpun seluruh azam untuk memaksimumkannya. Orang yang arif akan menjadi putera waktunya. Jika dia mensia-siakan waktu, seluruh kebaikan akan lenyap daripadanya." (Al-Jawab al-Kafi li man Sa'ala'an al-Jawabi al-Syafi'i)

Imam al-Syafi'i juga pernah berkata: "Aku pernah bersahabat dengan kaum sufi. Aku tidak memetik manfaat daripada mereka kecuali dua ungkapan bijak. Pertama: 'Waktu ialah pedang, jika engkau tidak mematahkannya, ia akan memenggalmu.'

Kedua: 'Dan nafsumu, jika engkau tidak membuatnya sibuk dengan kebenaran, ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan.'"

Waktu yang dimiliki manusia, hakikatnya ialah umurnya. Sesiapa memanfaatkan masanya banyak bersama Allah, maka itulah hakikat hidup dan umurnya. Maka bagaimana pula jika umur seseorang banyak diperuntukkan untuk tidur, bermalas-malasan, membuka aib orang atau mengangkat-angkat kebaikan diri? Tepuk dada, tanya hati...


Tuesday, 7 November 2017

BAGAIMANA IMAN BOLEH SEMPURNA


Iman boleh bertambah dan berkurang. Boleh bertambah dengan ketaatan dan boleh berkurang dengan maksiat.

Kalau kita bertanya bahawasanya apakah itu iman? Iman itu adalah percaya di dalam hati, mengungkap melalui lisan. Percaya di dalam hati tiada Tuhan yang selain Allah. Terungkap melalui lisan, mengucap, meyakini apa yang bersemadi di dalam hati. Di ucapkan melalui lisan dan diterjemahkan melalui perbuatan.

Ini adalah hakikat iman. Bila mana kurang daripada tiga perkara ini iaitu percaya ataupun keyakinan di dalam hati, diungkap melalui lisan dan diterjemahkan melalui perbuatan. Keyakinan di dalam hati ada tapi tiada di dalam perbuatan maka tak sempurna imannya. Bukan tak punyai iman tapi tak sempurna iman. Imannya ada tapi tak sempurna.

Bagaimana iman boleh sempurna? Dengan amal. Oleh kerana amal itu bahagian penyempurnaan daripada iman maka Imam Al-Bukhari r.a. meletakkan jihad itu iman, puasa itu iman, solat sunat di bulan ramadhan itu bahagian daripada iman dan lain-lain. Ini adalah menyentuh daripada amal-amal ibadah zahir. Dan juga bahagian daripada amal ibadah yang dapat menyempurnakan iman adalah amal ibadah batin atau amal ibadah hati.

Apakah amal ibadah hati? Iaitu bilamana amal ibadah yang dilakukan oleh tubuh badan itu dilakukan dengan ikhlas maka ikhlas itu yang merupakan kerja hati. Amalan hati juga merupakan bahagian daripada iman.

Oleh itu, perlunya kita menjaga hati di dalam amal beribadah. Amal zahir belum mencukupi kalau tidak dihiasi  dengan keikhlasan pada amal yang zahir tersebut. Barulah nilai amal itu berkualiti bila ada keikhlasan di dalamnya.

Imam Al-Ghazali r.a. menggambarkan tentang orang yang beribadah tanpa ikhlas umpama orang yang memberikan hadiah kepada sultan yang mana kekemasan hadiahnya, kecantikan, kekemasan bungkusan hadiah itu jangan cakap memang cantik. Akan tetapi, isi di dalam kotak itu adalah bangkai.

Oleh kerana demikian, pentingnya seseorang itu dalam beramal yang amal itu bahagian daripada menyempurnakan iman jangan sunyi amal itu daripada ikhlas. Jangan mimpi banyak amal yang kita buat tanpa ikhlas amal itu akan mendatangkan manfaat pada kita.

~ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah





BERDOA..


Manusia yang mempunyai sifat pengasih akan sentiasa Berdoa dan berlindung kepada Allah daripada api neraka.


"Ya Allah, Wahai Tuhan kami, jauhkan kami dari azab neraka jahanam. Sesungguhnya azab neraka jahanam adalah amat pedih. Sesungguhnya neraka jahanam adalah seburuk-buruk tempat."





SEMUANYA ADALAH BAIK


Dua perkara yang tiada sesuatu pun yang lebih baik daripadanya iaitu bersangka baik kepada Allah dan bersangka baik kepada hamba-hamba Allah.
Dan dua perkara lagi yang tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadanya iaitu bersangka buruk kepada Allah dan bersangka buruk kepada hamba-hamba Allah.

Oleh kerana itu , jangan kita ambil mudah sesuatu perkara yang dilihat kecil dan ringan terutamanya musibah yang sedang kita hadapi kerana tiada apa pun yang dilakukan Allah kecuali semuanya baik. Walaupun ianya nampak perkara itu tidak baik kerana Allah itu baik dan tiada akan berbuat kecuali yang baik.

Walaupun dalam bentuk hukuman pun kepada manusia kerana baik bagi manusia sebab orang yang dihukum oleh Allah di dunia tidak akan dihukum oleh Allah di akhirat sebab kekadang hukuman daripada Allah adalah untuk mengangkat darjat seseorang disisi Allah sebab orang yang dihukum oleh Allah adalah untuk menghapuskan dosa orang itu.

Nabi s.a.w. bersabda "Bilamana terlalu banyak dosa seorang hamba itu dan tidak ada perkara yang dilakukan oleh hamba itu untuk menghapuskan dosanya yang banyak itu maka Allah menghantar dugaan untuk menghapuskan dosa tersebut."


~ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzzohullah.



Wednesday, 1 November 2017

RAHSIA KETENANGAN


Hasan al-Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: "Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang."

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu Allah Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku dalam maksiat.

Aku tahu kematian itu sudah menungguku kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.





Sahabatku,

Jangan tertipu dengan usia mudamu kerana syarat mati tidak harus tua.

Jangan terpedaya dengan dengan tubuh yang sihat kerana syarat mati tidak mesti sakit.

Jangan terpedaya dengan harta kekayaan. Sebab sikaya pun tidak pernah menyiapkan kain kafan buat dirinya meski cuma selembar.

Mari terus berbuat baik, berniat untuk baik, berkata-kata yang baik, memberi nasihat yang baik meskipun tidak ramai orang yang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihatmu.
Cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada orang lain.

Jadilah bagai jantung tidak terlihat, tapi terus berdenyut setiap saat sehingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh-Nya.


Sahabatku,

Waktu yang kusesali ialah jika pagi hingga matahari terbenam,amalku tidak bertambah sedikit pun, pada hal aku tahu saat ini umurku berkurang. [Ibnu Mas'ud r.a.]







Sumber semangat untuk terus melakukan kebaikan.

Kita belajar daripada suasana yang sangat membantu kepada seseorang itu melakukan kebaikan. Melihat keghairahan dan semangat yang ada baik itu semangat untuk berjemaah, semangat untuk bersedekah, semangat untuk melakukan ibadah, semangat untuk melakukan kebaikan. Melihat kepada faktor semangat ini iaitu merupakan suatu yang cukup bernilai.

Akan tetapi, sekiranya semangat itu hanya diletakkan pada keadaan yang khusus. keadaan yang tertentu, maka sesungguhnya seseorang itu adalah orang yang rugi. Sepatutnya dikekalkan semangat itu sebagaimana kita hadir ke dalam majlis ilmu ini. Salah satu hikmahnya adalah untuk memberikan semangat kepada kita untuk melakukan kebaikan-kebaikan.

Oleh kerana itu, Para Sahabat Radhiyallahu ' Anhumma Ajmain. Mereka apabila merasakan mereka kurang semangat maka mereka akan cepat-cepat bertemu dengan Nabi s.a.w. walhimmah mereka meminta untuk dibacakan Al-Quran ataupun mereka melihat kepada Nabi s.a.w. itu akan meningkatkan keinginan, kesungguhan mereka untuk melakukan kebaikan.

Oleh kerana itu, kita perlu untuk mencari sumber-sumber semangat untuk terus kita bersemangat untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan inilah yang sebenarnya dinilai oleh Allah sehingga Allah mengatakan "Tidaklah kamu melakukan satu-satu kebaikan pun kecuali Allah dengan kebaikan itu Allah Maha Mengetahuinya."


Diketahui oleh Allah bukan bermakna sekadar diketahui kerana Allah itu Asy-Syakur yakni Yang Maha Mensyukuri dan Allah ketika mana mengetahui akan hamba-Nya melakukan kebaikan pasti akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah s.w.t. kerana Allah itu Maha Pemberi Kurnia, Maha Pemberi Allah s.w.t.


Oleh kerana itu, perlunya kita mencari tempat yang memberikan semangat kepada diri kita. Diantaranya adalah majlis ilmu, majlis ta'lim, majlis zikir dan selawat.

[Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered Hafidzohullah]


Thursday, 26 October 2017

KATA-KATA HIKMAH



~ Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.

~ Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

~ Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.

[HR MUSLIM]



~ Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?

[HABIB ALI ZAENAL ABIDIN]




Pernahkah kita merasai gula-gula yang pahit pada mula kita menggigitnya, namun, manis bila kita sudah mengunyahnya. Begitulah mujahadah. Hanya pada permulaannya sahaja, mungkin kita akan rasa keperitan dan kepahitan. Kerana Allah mahu menguji, apa benar mujahadah kita kerana-Nya? Sebab itu, Dia datangkan ujian dan cubaan untuk kita, yang bergelar hambanya.

Maka, jika kita sudah mengetahui betapa mahalnya syurga Allah itu, perlukah kita berusaha dengan lebih keras dan bersungguh -sungguh dalam mahu memenangi redha dan rahmat Ilahi, untuk kita ke syurga-Nya.
Usaha dan amalan ke arah kerja-kerja Islam perlu ditingkatkan. Ibadah juga perlu seiring ditingkatkan. Fokuskan hati untuk lebih mencintai akhirat. Bukan menjadikan dunia sebagai keutamaan.





Salah satu tanda Allah nak makbulkan doa kita, bila Allah gerakkan bibir kita untuk terus berdoa. Kalau hari-hari kita mohon syurga, maka ketahuilah bahawa Allah memang nak bagi benda itu..(syurga)


Ada kalanya Tuhanmu memberikanmu kekayaan dunia ini, akan tetapi, Dia tidak memberikanmu taufiq dan hidayat-Nya. Dan ada kalanya Tuhanmu tidak memberikanmu kesenangan dunia ini. Akan tetapi, Dia memberikanmu Taufiq dan hidayat-Nya. Demikian mana yang lebih baik? Jika kamu mengerti.
[Ibn Athoillah As Sakandari]





Manusia mencari makhluk demi makhluk, kerana kecewa dengan makhluk-makhluk sebelumnya. Maka merekalah yang sebenarnya mengecewakan diri mereka sendiri, kalau begitulah kisahnya.


Bersikap tegar dan kuatlah engkau di depan makhluk-Nya dan tunjuklah kelemahanmu hanya di depan Tuhanmu Allah Yang Maha Haq, seorang mukmin itu tegar dan kuat. Jangan sebaliknya engkau, malah menunjukkan kelemahanmu di depan manusia dan bersifat tegar(sombong) di depan Allah.
[Maulana Syeikh Yusri Rusydi Al Hasani]


Jangan tinggalkan perempuan sendirian. Bila taaruf , istikharah dan ternyata tidak sesuai, kenalkan perempuan itu pada sahabat lain sehingga dia bertemu jodohnya.
Taaruf itu pula, lakukan secara tertutup,  (dan menurut syara) Tidak dihebah-hebahkan.
[Syeikh Sufyan Nur Marbu Al-Banjari Al -Makki]


Jadilah orang yang selalu terlihat bahagia di hadapan manusia, walaupun hatimu menyimpan berbagai pedih dan luka.
[Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwy Alkaff]


Duhai anakanda, jika banyak merungut dan tidak redha dengan ketentuan takdir juga musibah. Maka kamu belum benar-benar bertauhid.
[Walid Al-Malik]



Pondasi agar seseorang mendapatkan kenikmatan dalam beribadah adalah menyatukan tujuannya hanya kepada Tuhan, lalu memaksa hati kita agar selalu menghadirkan Allah s.w.t.  dan bergaul bersama-sama dengan orang yang saleh dan membaca biografi mereka. Melalui semua itu seseorang akan mendapatkan kenikmatan dalam beribadah.

Seseorang arif ditanya: "Apakah mereka yang bermaksiat kepada Allah akan mendapatkan kenikmatan dalam beribadah?" Ia menjawab: "Tidak akan,bahkan mereka yang memiliki rencana bermaksiat tidak akan mendapatkannya."
[Al Alim Al Allamah Al Musrid Al Habib Umar bin Hafidz]





Akan tiba satu zaman di mana orang-orang tua kamu mengekali berbuat dosa, ulama kamu munafiq, orang muda kamu tidak lagi menghormati orang tua dan orang kaya kamu tidak lagi membantu orang fakir.
[Syaidina Ali bin Abi Talib]


Bagaimana mungkin hati mampu memahami kelembutan "rahsia" batin jika diri ini tidak pernah menghampiri gerbang taubat dari kesalahannya.
[Ibnu Atha'illah]


Berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan di dalam hati, kerana cahaya Allah itu akan dimasukkan ke dalam hati yang suci dan soleh.
[Habib Umar bin Hafidz]


Janganlah kamu mengharapkan hikmah dari-Nya, jika kamu banyak makan. Janganlah kamu mengharapkan kesucian hati, jika kamu banyak berbicara dan janganlah kamu mengharapkan khusnul khatimah, jika kamu cinta kepada dunia.
[Ibrahim bin Adham]



Monday, 23 October 2017

4 AMALAN MULIA MENARIK KE SYURGA


Daripada Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah s.a.w.  bersabda maksudnya: 

"Siapa diantara kalian yang berpuasa hari ini?'

Abu bakar menjawab: "Saya."

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Siapa diantara kalian yang menghantarkan jenazah pada hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya"

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Siapa diantara kalian yang memberi makan kepada orang miskin hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya"

Rasulullah s.a.w. kembali bertanya: "Siapa antara kalian yang menjenguk orang sakit hari ini?" 

Abu Bakar menjawab: "Saya"

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah seseorang melakukan perbuatan ini melainkan dia akan masuk syurga." 
(Riwayat Muslim)


Friday, 9 June 2017

PESAN MURABBI



"Sekiranya dunia yang seluas mata memandang kamu rasakan sempit
Keluarlah dan lihat bagaimana langit diangkat!
Tidakkah kamu tahu bahawa Allah yang mengangkatnya.......
Mampu untuk menyelesaikan kesulitan sebesar manapun ia........."





"Anak-anak! Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini adalah
kerana hebatnya diri kamu. Sebenarnya kamu tidak ada apa-apa
jika bukan berkat doa ibu bapa kamu walaupun mereka tidak
berpelajaran sekali pun !"






Anak murid Tok Guru bertanya mengapa Tok Guru boleh bersabar
tatkala dihina sehingga moyang pun dihina.

"Jika seseorang datang dengan hadiah ditangan dan anakanda tidak menerimanya,
akhirnya hadiah itu milik siapa?" Tanya Tok Guru kembali.

"Orang yang memberi hadiah itu, Tok Guru," jawab anak muridnya.

"Sama juga dengan perasaan dengki, marah dan penghinaan," kata Tok Guru.
"Apabila ia tidak diterima, ia kembali ke tangan orang yang membawanya."

"Oh sebab itu dihujung tadi orang itu yang jadi marah, " walhal dia yang nak Tok Guru berasa marah."

Tok Guru tersenyum sambil mengusap kepala anak muridnya. "Senyum"






"Kalau kamu kenal nilai sebenar harga dirimu,
kamu tidak akan hinakannya dengan maksiat.
Sesungguhnya Allah menghalau iblis dari rahmat-Nya kerana
ia tidak sujud kepada dirimu.
Alangkah peliknya bagaimana kamu boleh berdamai dengan
musuh dan tinggalkan kekasih."

~Imam Ibnu Qayyim~





"Apabila kamu berada dalam kegelapan malam di sisi Tuhan yang
amat mengetahui....
Gunalah perangai kanak-kanak tatkala meminta sesuatu yang tak
diberi pasti menangis sehingga memperolehinya.....
Maka jadilah kanak-kanak itu.....mintalah hajatmu."

~Imam Ibnu Jauzi~






"Aku cukup bimbang kepada diriku daripada kehidupan
yang tidak membawaku ke syurga."




Monday, 5 June 2017

CETUSAN HATI







Umur ialah anugerah Allah swt  kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala ataupun dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.

Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang,  Dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya. Kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

Maka sebagaimana kita membasuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika  pernah diisi dengan dosa....


~Almahrum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~







Jika Allah ingin memenangkan agama -Nya, nescaya teramatlah mudah....tetapi mengapa dakwah banyak dan panjang sekali melalui jalan berliku? Tidak lain tidak bukan, ia adalah untuk mengangkat darjat para pendakwah dan pejuang agama-Nya, samada berakhir dengan menemui kemenangan atau pun tidak. Rasul-rasul sebelum kita sudah melaluinya, maka kita juga harus memlaluinya.






Muhammad saw bukan orang berharta. Tapi ada benda yang menjadi kelebihan pada nabi saw.
Ianya lebih berharga berbanding dengan harta. Benda itu adalah akhlak. Melalui akhlak nabilah, maka ramai yang tertarik dengan Islam.






Perbezaan yang paling besar diantara manusia dengan makhluk yang lain adalah ilmu. Manuisa diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan  contohnya, boleh diajar untuk mematuhi   perintah tuannya.Tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas.




Tuesday, 16 May 2017

WAHAI HAMBA



Kebahagiaan itu bukan terletak kepada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak Allah Yang Maha Berkehendak.

Mulailah dengan sabar, sehingga engkau mampu melangkah redha, akhirnya engkau akan memahami kehendak Allah kepada dirimu.

~ Kalam Syeikh Rohimuddin Nawawi al- Jahari al- Bantani.





Segala puji bagi Allah swt, diatas nikmat kecintaan kepada Sayyidina Muhammad saw. Kecintaan yang berada di hatimu besar atau pun kecilnya, itu adalah khabar gembira bahawa kau mempunyai sambungan yang tidak terputus dengan cinta Nabi Muhammad saw. kepada-Mu.....


~  Al-Habib Ali Zainal 'Abidin ibn 'Abdurahman al- Jifri.



Cinta kepada Nabi Muhammad saw, adalah bentuk cinta kepada Allah swt, kerana Nabi adalah ciptaan Allah dan  yang mencintai Allah pastilah ia mencintai orang yang paling dicintai Allah, iaitu Nabi Muhammad saw.

~ Al-Habib Munzir ibn Fuad ibn 'Abdurahman al- Musawa.



Monday, 15 May 2017

SUJUD DAN SYUKUR



"Bagaimanakah agaknya kita hendak membuktikan cinta kita kepada Baginda Rasulullah saw. ?

Ia bermula dengan ikatan kita kepada Baginda Rasulullah dengan sebanyak mana  agaknya kita berselawat kepada Rasulullah saw. Sedangkan selawat kepada Rasulullah saw. pulangannya adalah kepada kita, bukan kepada Baginda Rasulullah saw.


Suatu ketika Baginda Rasulullah melangkah menuju ke mihrab lalu mengangkat takbir terus bersujud. Diketahuilah Saidina 'Abdulrahman bin 'Auf dan bebrapa para sahabat lainnya bahawa Baginda Rasulullah sedang  melakukan sujud syukur.


Namun, sujud Baginda Rasulullah saw. begitu dasyat, begitu mantap, dan luar biasa pada saat itu, sehungga mereka menyangka jika Baginda sudah wafat ketika itu kerana begitu mantapnya sujud Baginda dan tidak bergerak.


Sehingga setelah Baginda Rasulullah saw. memberi salam, mereka menghampiri Baginda lantas bertanya, "Alangkah hebatnya dan luar biasanya sujudmu wahai Rasulullah saw, apa yang sedang engkau syukuri?"


Maka Baginda Rasulullah saw. bersabda, "Sebentar tadi Jibril 'Alahis-salam datang kepadaku dan mengatakan, "Wahai Rasulullah, barang siapa dikalangan  ummatmu berselawat kepadamu sekali, maka Allah s.w.t. berselawat kepadanya sepuluh kali," maka akau bersyukur dengan kurniaan Allah swt. kepada ummatku."


Bukan yang Baginda Nabi pandang adalah selawat kepadanya tetapi yang Baginda  Nabi syukur adalah balasan selawat sepuluh kali ganda daripada Allah kepada ummat sehingga Baginda Nabi bersujud kerana bersyukur untuk kita ummatnya.


Apakah pernah seumur hidup kita ini, kita sujud syukur kerana bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad saw.?
Apakah pernah kita sujud syukur kerana Nabi kita adalah Nabi Muhammad saw?


Alangkah jauhnya jika cinta kita mahu dibandingkan dengan cinta baginda Rasulullah saw.


~ Al -Habib Najmuddin bin Osman al--Khered.






Saturday, 11 March 2017

PESANAN KATA -KATA MUTIARA...


                                                

   

   
Wahai jiwa beruntunglah orang yang soleh
dengan taqwa,
Mereka memandang kebenaran sedangkan 
hatiku telah buta.

Wahai yang terbaik antara kalangan mereka itu,
malam telah mengelapkan mereka, 
Tetapi cahaya mereka dapat menyaingi
cahaya bintang-bintang. 

Mereka mengalunkan bacaan al-Quran                   
dikala dinihari.
Lantas kehidupan mereka menjadi sangat
indah disirami bacaannya.

Hati-hati mereka terikat dengan al-Quran.
Airmata mereka bak mutiara tersusun rapi.
Saat dinihari yang gelap bagi mereka terasa
bergemerlapan.
Mengejar keampunan menjadi agenda 
terbaik kala itu.

Alangkah malang wahai jiwa tidakkah kau 
bangkit dan bersiapsiaga?
Manfaatkanlah peluang sebelum kaki 
meluncur tidak ketahuan,
Lantas masa pun berlalu dalam
keadaan tanpa upaya.

Capailah apa yang berbaki
dan kejarlah peluang itu.


~ Imam Ibnu Rajab Al-Hambali.







Ketika kita menghadapi kesulitan,
biarkan hati kita berenang dalam lautan
kesabaran dan lidah kita terbuai
kata-kata syukur dalam memuji Allah
dengan demikian keburukan yang datang
menghampiri kehidupan kita bisa berubah
menjadi kebaikan.

Dan apa yang kita percaya sebagai musibah
berubah menjadi hadiah dan rahmat.

Tubuh kita duduk, berdiri atau rebah mengarah
ke ka'bah dan hati ini tunduk kepada Maha
Pencipta,

Sehingga segala cubaan dan kesukaran hidup
tidak melewati hidup ini kecuali lidah dan
hati senantiasa berucap alhamdulillah, alhamdulillah,
alhamdulillahi Rabbil Alamiin.


~ Habib Kadzim Musa as-Saggaf.


Friday, 24 February 2017

REHATKAN MINDA



Hati-hatilah terhadap prasangka. Sesungguhnya prasangka adalah pembicaraan paling dusta.
[HR Bukhari]


Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda, sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.

Janganlah pandang pada siapa yang bercakap, tapi dengarkanlah apa yang dikatakannya.

Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
[Saidina Ali]






Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara. Sedang diam itu juga memberi manfaat pada sesetengah ketika.

Peliharalah (perintah dan larangan) Allah, nescaya kamu akan selalu merasakan kehadiran-Nya.
[HR Tirmidzi]


Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga- Al-Baqarah 2:25.

Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian dan tetap diam bila tertimpa fitnah.


Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik.
[HR Abu Dawud]


Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.





Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita juga kena telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.


Tak ada sesuatu yang ditelan seorang hamba yang lebih afdal disisi Allah daripada menelan (menahan) amarah yang ditelannya kerana keredhaan Allah.


Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat bagi orang yang membacanya.


Bila kamu berdoa memohon sesuatu kepada Allah maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahawa doamu akan terkabul.
[HR Ahmad]

Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikirkan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.





Usia tidak akan mengampunkan segala dosa yang kita lakukan, mintalah keampunan dengan bertaubat.

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.


Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan itu benihnya kepintaran, kepintaran itu jawabnya kecemerlangan.

Penantian itu satu penyeksaan, tepatilah masa apabila mempunyai temu janji, agar mereka tidak terseksa.

Senyum itu manis. Salam itu mudah. Tetap mengapa menyoal perkara yang mudah dilakukan menjadi payah. Sedangkan senyum dan salam adalah pembuka jalan menjalinkan ukhuwah.






Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...