Ketika kita dipuji oleh seseorang,
sementara kita merasa belum layak menerima pujian tersebut,
maka sebaiknya kita mnegucapkan "Amin"
Tujuannya adalah agar pujian tersebut bisa kita jadikan doa.
~Habib Ali Al-Jifri
Suatu saat ketika ziarah Zanbal dengan beberapa sahabat dan guru mulia Al-Habib Umar bin Hafidz.
Ada salah satu murid bertanya kepada guru mulia.
"Ya Habib apakah ubat agar hati saya bersih dari suudzhon?"
Pertanyaan yang hebat dan butuh jawapan yang hebat pula dan meluas.
Habib-Umar bin Hafidz menatap wajah penanya dengan tersenyum sebagaimana adat beliau, lalu menjawab dengan jawaban yang sangat singkat :
"Jangan engkau percaya (apa yang diucapkan hatimu)"
Sollu 'alan nabiy.
"Bergembiralah pada setiap hari dengan pertambahan umurmu kerana kamu dapat bersolat padanya, dapat membaca al-Quran dan dapat bertasbih kepada Tuhanmu serta dapat beristighfar terhadap dosa-dosa kamu."
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya bahawa seorang lelaki berkata,
"Wahai Rasulullah s.a.w. , siapakah manusia yang terbaik?"
Baginda menjawab, "Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya."
Dia bertanya lagi, "Lalu siapakah orang yang terburuk?"
Baginda menjawab, "Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya."
[HR Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hakim]
Ahli ilmu yang hebat bukanlah terletak pada pandai berhujah fasih tutur katanya, tapi yang sebenarnya terletak pada adab dan akhlaknya yang tinggi, sabar dalam dakwahnya, apabila berbicara menambahkan ilmu kita dan menjadi tenang apabila bersamanya.
~ Uwais al-Qarni
Mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya digerakkan oleh pandangan mata. Oleh itu, hendaknya mata selalu didorong melihat kepada perkara-perkara yang baik. Bila dibiarkan mata memandang yang dicegah dan diharamkan, maka pemiliknya berada di tepi jurang yang merbahaya.
~ Imam Al-Ghazali ~ Ihya 'Ulumuddin