Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Showing posts with label Kisah dan Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah dan Teladan. Show all posts
Monday, 26 February 2018
KISAH-KISAH ANAK SOLEH
APA SAHAJA UNTUK IBUKU
Semasa pemerintahan Uthman bin Affan, harga sebuah pohon kurma mencapai 1000 dirham. Suatu hari, Usamah bin Zaid membeli sebatang pohon kurma lalu memotong dan mengambil bahagian batang kurma yang berwarna putih yang berada di jantung pohon.
Sesudah mendapatkannya, Usamah bi Zaid terus menuju ke ibunya dan memberikan kurma tersebut. Melihat tindakan pelik Usamah bin Zaid itu, ramai orang berkata kepadanya, "Mengapa engkau berbuat sedemikian ? Padahal engkau mengetahui bahawa harga sebatang pohon kurma itu 1000 dirham."
Beliau menjawab, "Kerana ibuku yang meminta bahagian batang pohon kurma itu dan tidaklah ibuku meminta sesuatu kepadaku yang mampu aku berikan, melainkan pasti aku akan memberikannya.
TINGGALKAN PENGAJIAN
Haiwah bin Syuraih seorang imam dan ulama besar di Mesir. Anak muridnya ramai sekali dan kelas pengajiannya selalu dihadir oleh ramai orang.
Suatu hari ketika beliau sedang mengadakan kelas, ibunya datang dan memanggilnya;
"Wahai Haiwah, bangunlah dan ke mari. Pergilah berikan ayam-ayam kita makan sekarang."
Sebaik mendengar arahan dari ibunya, Imam Haiwah bin Syuraih terus berhenti mengajar dan pergi melaksanakan arahan ibunya.
HEBATNYA DOA UWAIS al-QARNI
Suatu hari, Umar bin al-Khattab didatangi oleh satu rombongan dari Yaman. Dia bertanya, "Apakah ada di dalam kalangan kalian orang yang bernama Uwais bin Amir? Uwais mengakuinya sehingga Umar mendatnagi Uwais dan bertanya, "Benarkah engkau Uwais bin Amir?" Uwais menjawab, "Ya, benar" Umar bertanya lagi, "Benarkah engkau dari Murod, dari Qarn?" Uwais menjawab, "Yaa."
Umar bertanya lagi, "Benarkah engkau dahulu memiliki penyakit kulit lantas sembuh kecuali sebesar satu dirham."
Urwais menjawab, "YA"
Umar bertanya lagi, "Benar engakau masih mempunyai seorang ibu?"
Uwais menjawab, "Ya."
Umar berkata, "Aku sendiri pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang seseorang bernama Urwais bin Amir bersama serombongan dari Yaman. Dia berasal dari Murad kemudian dari Qarn. Dia mempunyai penyakit kulit kemudian sembuh kecuali satu bahagian sebesar satu dirham. Dia ada seorang ibu dan sangat berbakti padanya.
Seandainya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang apa sahaja yang dia mohon. Jika engkau mampu agar dia meminta pada Allah supaya engkau diampuni, mintalah padanya."
Umar pun berkata kepada Urwais, "Mintalah kepada Allah agar mengampuniku. " Kemudian Urwais mendoakan Umar dengan meminta ampunan pada Allah. Umar pun bertanyakan kepada Urwais, "Engkau hendak ke mana?" Uwais menjawab, "Ke Kufah."
Umar pun mengatakan kepada Urwais, "Bagaimana jika aku menulis surat kepada pembesar di Kufah supaya membantumu?"
Urwais menjawab, "Aku lebih suka menjadi orang lemah yang tidak dikenali."
~sumber
Wednesday, 6 December 2017
SEPOTONG KEJU PENYEBAB LUPA
Ini berdasarkan kitab di mana pada zaman dahulu, ada seseorang yang bernama Abu Yazid Al-Bustomi yang memang sejak kecil merupakan orang yang suka berbuat kebajikan. Beliau merupakan salah satu ulama sufi yang diakui akan ketinggian ilmu tasawufnya sehingga banyak yang berguru kepadanya.
Sejak kecil berbuat baik dan orang tuanya pun juga selalui menjaga diri untuk tidak makan kecuali dengan yang halal. Sejak dalam kandungan hingga bercerai dari air susu ibunya, beliau tidak pernah berkenalan dengan barang yang syubhat apa lagi yang haram.
Namun ketika menginjak remaja, beliau merasakan dirinya sudah mulai banyak lupanya. Terutama jika mendengarkan sesuatu hal yang mengandungi kebenaran.
Dari situ ia pergilah kepada ibunya untuk menanyakan sesautu.
"Wahai ibu, apakah ibu ingat pernah memakan sesuatu yang haram atau syubhat ketika mengandung atau menyusui aku ? Kerana jika aku mendengar kebaikan, aku mudah lupa." tanya abu Yazid.
Alhirnya ibunya bercerita terus terang mengenai kejadian yang pernah dialaminya ketika mengandungnya dahulu.
"Anakku, pada suatu hari, ketika sedang mengandung atau menyusuimu aku melihat sepotong keju tergeletak di tempat si fulan. Saat itu aku sedang mengidam dan benar-benar menginginkan keju itu. Lalu aku ambil secuit keju dan kumakan tanpa sepengetahuan pemiliknya, " jelas ibunya.
Mendengar penjelasan ibunya, tanpa fikir panjang lagi, Abu Yazid langsung mengunjungi pemilik keju tersebut dan beliau menceritakan tentang kekhilafan ibunya saat mengandung dirinya.
Kepada pemilik keju tersebut, Abu Yazid merayu untuk meminta maaf.
"Wahai fulan, dahulu ketika mengandung, ibuku telah memakan secuil kejumu. Sekarang aku mohon agar engkau sudi memaafkannya atau tetapkan harga secuil keju tersebut dan aku akan membayarnya, " kata Abu Yazid.
"Ibumu telah aku maafkan dan apa yang telah dia makan aku halalkan," kata pemilik keju tersebut.
Akhirnya dikemudian hari, Abu Yazid sudah tidak lupa lagi ketika mendengar suatu kebaikan.
~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
Sunday, 26 November 2017
CELOTEH
TIP IBU BAPA.
Seorang ibu anak satu teruja saat dimasukkan ke dalam satu group Whatsapp ibu bapa. Dalam group tersebut, ramai ibu bapa yang berkongsi input berkenaaan dengan tip keibubapaan. Boleh dikatakan rata-rata mereka lebih senior kerana mempunyai lebih seorang anak. Ada juga yang anaknya sudah besar-besar. Sudah bersekolah rendah dan menengah.
Kadangkala ada juga yang berkongsi tentang seminar keibubapaan, termasuk juga pendidikan bentuk bermain sambil belajar yang kelihatan begitu praktikal. Semua ini membuatkan ibu muda tadi semakin teruja.
Bersungguh dia mengajak agar suaminya menyertai seminar yang dijalankan sana sini. Bersungguh juga dia menyediakan bahan bantu mengajar untuk anaknya yang seorang itu. Hari demi hari, ibu tadi rajin mengulang baca input dari group tadi.
Namun hari demi hari, anaknya semakin menjauhinya. Lebih rapat dan manja dengan si ayah lagi. Nasihat dan kata-kata si ibu tidak diendahkan si anak. Entah di mana silapnya.
Suatu hari, sedang ibu leka menatal [scroll] telefon bimbitnya, si anak sekitar umur 2 tahun menghampiri. Dengan pelatnya, si anak berkata: "Ibu, letaklah telefon tu. Main dengan adik."
PENGAJARAN.
Kita tidak perlu ilmu yang banyak. Sebaliknya, terus kepada praktikal dengan ilmu yang sudah ada. Dan kadangkala ilmu yang kita cari di tempat yang jauh, rupa-rupanya ada di depan mata.
TIGA PERMINTAAN.
Hari itu seperti biasa Bella ke sawah. Sedang dia sibuk bekerja, tiba -tiba dia ternampak seekor ikan berenang di dalam paya sawah. Dia cepat-cepat menangkap ikan tersebut. Untung-untung boleh digoreng dan boleh dijadikan santapan tengah hari. Alangkah terkejutnya Bella, apabila ikan tersebut boleh bercakap.
"Lepaskan aku. Aku janji akan tunaikan tiga permintaanmu. Namun setiap satu permintaan, suamimu turut akan mendapat yang sama dengan 10 kali ganda."
Bella bersetuju.
"Pertama, aku mahukan harta sebanyak harta Qarun."
Ikan tadi mengingatkan lagi sebelum bersetuju, "Baik, tetapi suamimu akan memperoleh harta 10 kali ganda lebih banyak daripadamu."
"Tak mengapa, aku terima,"
"Kedua?"
"Kedua, aku mahu wajah yang cantik setara dengan ratu cantik dunia."
"Baik, tetapi ingat, suamimu akan menjadi 10 kali ganda lebih tampan daripadamu."
Bella mengangguk sahaja sambil bibirnya menguntum senyuman. Senyuman yang bukan biasa-biasa.
"Baik, yang ketiga?"
"Dan yang ketiga, aku mahu dikenakan sakit jantung yang terkawal."
PENGAJARAN.
Ada sebabnya, kenikmatan dunia diselang-selikan dengan ujian hidup. Ramai manusia menjadi tamak, lupa pasangan dan keluarga ketika diuji dengan kesenangan. Apatah lagi lupa kepada Pemberi nikmat sebenar.
Thursday, 23 November 2017
BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT
Guangzhou adalah sebuah negeri yang terletak di selatan negara China. Ia diperintah oleh seorang Maharaja. Namun, sejak akhir-akhir ini Maharaja itu sering jatuh sakit. Sedar dengan kekurangan itu, Maharaja pun memutuskan untuk mencari penggantinya yang baru. Kali ini, Maharaja ingin melantik dengan cara yang agak berbeza.
Satu hari, Maharaja bertitah untuk menjemput kanak-kanak ke istananya. Semua kanak-kanak di seluruh negeri datang berkumpul di Balai Istana. Kata Maharaja, "Kini tiba masanya untuk Beta mencari pengganti. Beta ingin melantik seorang Maharaja baru daripada kalangan kamu wahai anak kecil."
Semua kanak-kanak yang hadir terkejut. Kemudian, Maharaja menyambung, "Beta akan memberikan kalian sebiji anak benih. Beta titahkan kalian menanam dan menjaganya dengan baik. Setahun lagi, kalian kembali semula dengan tanaman yang cantik. Kemuadian Beta akan memilih siapa yang layak menjadi pengganti Beta," titah Maharaja.
Dalam kalangan kanak-kanak itu, ada seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Ling. Apabila dia mendapat biji benih itu, dia pun pulang ke rumah dan menceritakan kepada ibunya. Lalu ibunya membantu Ling menanam dalam sebua pasu. Setiap hari, Ling akan menyiram dan membaja biji benih itu dengan sebaiknya.
Selepas tiga minggu, dia mula mendengar cerita kawan-kawannya tentang biji benih masing-masing. Teruja dengan apa yang didengarinya, Ling pun pulang ke rumah untuk melihat perkembangan biji benihnya. Namun, tiada apa-apa yang tumbuh. Tiga minggu, empat minggu, lima minggu namun, masih tiada apa-apa.
Enam bulan berlalu, biji benih Ling masih serupa. Dia mula membenci biji benihnya. Tetapi dia sedaya upaya memujuk hati akan terus bertahan dan menjaganya. Walaupun sedih dengan apa yang terjadi, Ling tetap berdiam diri dan tidak menceritakan apa-apa yang berlaku kepada kawan-kawannya.
Setahun berlalu. Kini tibalah masa untuk menghadap Maharaja. Seluruh kana-kanak dari seluruh pelusok negeri berduyun-duyun memenuhi Balai Istana bersama pokok masing- masing untuk diadili. Bagaimana pun Ling memberitahu ibunya dia tidak mahu pergi menghadap Maharaja. Namun, ibunya tetap memberi sokongan membawa pasu 'kosong' itu ke istana.
Apabila Ling tiba di istana, semua kanak-kanak yang melihat pasunya, ketawa. Tidak kurang juga yang menghulurkan tanda simpati. Namun, Ling tetap tebalkan muka dan cuba berlaku jujur dengan apa yang diperolehnya walaupun sedih. Malu dengan apa yang dibawa, Ling memilih untuk duduk di bahagian paling belakang.
Apabila Maharaja tiba di istana, Baginda mula memerhatikan pokok-pokok yang dibawa kanak-kanak itu. Namun, Ling hanya menyembunyikan dirinya di belakang kanak-kanak lain agar tidak dilihat Maharaja. Baginda sungguh teruja melihat pokok-pokok bunga berwarna-warni tumbuh mekar dalam pasu masing-masing.
"Hari ini salah seorang daripada kamu bakal menjadi Maharaja baru," titah Maharaja penuh keyakinan.
Tiba-tiba Maharaja kehairanan melihat Ling yang cuba menyembunyikan pasunya. Terkejut dengan apa yang dibawa, lalu Maharaja mengarahkan askarnya untuk membawa Ling ke hadapan istana. Ling menggigil ketakutan. Dia takut dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana gagal menjaga pokok tersebut.
"Nama saya Ling," Ling bersuara terketar-ketar. Kanak-kanak di sekitar istana mula mentertawakannya.
"Ling adalah Maharaja yang baru!" laung Maharaja kuat. Seluruh istana sunyi sepi. Ling menggosok -gosok mata sambil tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Seingat Ling, biji benihnya tidak tumbuh. Dia gagal menjaga amanah Maharaja. Tapi kini dia dilantik menjadi Maharaja baru. Apa yang sedang berlaku?
"Tahun lepas, beta memberikan kalian biji benih. Beta mahu kalian menjaganya, siram dan bajanya setiap hari. Hari ini, beta minta kalian persembahkan kepada beta. Kalian tahu? Biji benih yang beta berikan dulu semuanya telah dimasak. Biji benih itu tidak mungkin akan tumbuh. Tapi hari ini kalian semua membawa pokok yang sangat cantik kepada beta kecauli Ling.
"Apabila kamu mendapati biji benih itu tidak tumbuh, kalian menukarnya dengan biji benih yang lain. Tetapi, Ling tidak berbuat begitu. Dia jujur dan amanah dengan apa yang beta beri. Maka dengan ini, beta mengisytiharkan Ling adalah Maharaja baru!"
Friday, 3 November 2017
KISAH LELAKI ALIM DAN PENIAGA
Suatu masa dahulu, ada seorang lelaki tua yang sangat alim. Dia tinggal bersendirian di sebuah pondok di hujung kampung. Setiap hari, dia menghabiskan masanya hanya dengan beribadah, berpuasa dan berzikir mengingati Allah. Boleh dikatakan aktiviti hariannya hanyalah mengabadikan diri kepada Allah. Pun begitu, lelaki itu sangat bahagia dengan cara hidupnya.
Pada suatu malam, lelaki itu bermimpi. Dia melihat seorang peniaga sedang sibuk menguruskan perniagaan di sebuah pekan. Apa yang menariknya, peniaga itu memiliki keimanan yang jauh lebih hebat daripadanya walaupun sibuk menguruskan hal duniawi. Berbeza pula dengan lelaki tua itu yang hanya beribadah kepada Allah sehari-harian.
Keesokan harinya, lelaki tua itu pun pergilah ke pekan untuk mencari peniaga yang muncul dalam mimpinya itu. Ketika dia sampai di hadapan kedai, dia dapati peniaga itu sedang sibuk melayan pelanggan. Sesekali peniaga itu mengira-ngira keuntungan yang diperoleh apabila pelanggannya tiada. Lelaki tua itu pun mengambil keputusan untuk duduk memerhatikannya dari luar kedai.
Sepanjang pemerhatiannya, dia tidak nampak pun peniaga itu seolah-olah sedang beribadah sebagaimana caranya selama ini. Dalam hati, dia berkira-kira, mungkinkah mimpinya itu salah atau dia hanya dimainkan syaitan? Sedang asyik berfikir, tiba-tiba dia melihat peniaga itu meninggalkan kedai lalu menuju ke masjid berhampiran. Beberapa minit kemudian, peniaga itu kembali ke kedai dan menjalankan rutinnya seperti tadi.
Curiga dengan tindakan lelaki tua itu, peniaga lalu menyapanya. "Assalamualaikum. Ada apa-apa yang boleh saya tolong pak cik?"tanya peniaga itu.
"Waalaikumussalam. EH! Tidak ada apa-apa. Pak cik tidak mahu beli apa-apa, Cuma Pak cik nak tanya sesuatu," balas lelaki tua itu lalu menceritakan mimpinya.
"Begini pak cik, sebelum saya menjawab soalan boleh tak saya minta pak cik lakukan untuk saya?" tanya peniaga.
"Pak cik boleh lakukan apa saja," balas lelaki tua itu.
"Baiklah. Pak cik ambil piring yang berisi air ini. Dengan piring ini, Pak cik pergi ke hujung bangunan dan patah balik ke sini tanpa menumpahkan air dalam tempuh lima minit," arah peniaga itu.
Lalu, lelaki tua itu mengambil piring yang mengandungi piring mengandungi air dan memulakan perjalanannya. Di pertengahan jalan, air dari piring itu tiba-tiba tertumpah sedikit. Lalu, cepat-cepat lelaki tua itu membetulkan kedudukan piring dan memperlahankan langkahnya sehingga tiba semula ke kedai itu.
"Nah! Ini piring tadi. Selamat. Sekarang, apa maksud mimpi pak cik itu?" tanya lelaki tua itu ingin tahu.
Lalu peniaga itu mengambil piring yang dihulurkan. "Sepanjang Pak cik ke hujung bangunan, berapa kali Pak cik ingat Allah?"
"Ingat Allah?" jerit lelaki tua terkejut.
"Pak cik tidak ingat langsung kepada Allah tadi. Pak cik cuma pastikan air supaya tidak tumpah dan tiba pada masanya," terang lelaki tua panjang lebar seraya menyesal dengan tindakannya itu.
"Tapi saya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Ketika saya berniaga, saya juga membawa 'air dalam piring'. Saya jujur, amanah dan adil dalam perniagaan. Saya tidak pernah lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan saya," terang peniaga itu.
Thursday, 28 September 2017
AKU HAMBA SAHAYA
"AKU HAMBA SAHAYA"
Suatu ketika Ibrahim bin Adham pergi ke suatu kawasan di padang pasir, seorang tentera lelaki menemuinya lalu bertanya: "Adakah kamu seorang hamba sahaya?"
"Ya, "Jawabnya.
"JIka begitu, tunjukkan aku kota yang didiami ramai orang," katanya.
Ibrahim Adham lalu menunjukkannya ke arah kuburan.
Tentera itu menegaskan bahawa dia bertanyakan arah kota keramaian, bukannya kuburan.
Marah dengan jawapan Ibrahim Adham, tentera itu memukulnya hingga luka dan kemudiannya berjalan menuju ke kampung halamannya.
Orang yang mengenali Ibrahim Adham bertanyakan perkara yang berlaku. Tentera itu menceritakan kisahnya bersama-sama Ibrahim.
Lalu mereka berkata: "Adakah kamu tidak mengetahui bahawa lelaki ini ialah Ibrahim bin Adham?"
Tentera itu segera turun dari kudanya lalu mencium tangan dan kepala Ibrahim sambil memohon maaf kepadanya.
Seseorang bertanya kepada Ibrahim: "Mengapa engkau mengatakan engkau seorang hamba?"
Jawab Ibrahim: "Aku mengiakannya kerana memang benar aku seorang hamba Allah. Ketika dia memukul kepalaku, aku memohon kepada Allah untuknya syurga."
Mereka bertanya lagi: "Engkau memohon kebaikan untuk orang yang telah menzalimimu?"
Ibrahim menjawab: "Aku sedar, aku akan diberi pahala atas perlakuannya kepadaku. Aku sama sekali tidak menginginkan diriku memperoleh ganjaran kebaikan, sedangkan dia memperoleh ganjaran buruk."
[Ihya' 'Ulum al-Din]
Pengajaran:
Mukmin yang sejati tidak hanya memikirkan hal diri sendiri. Cintanya kepada sesiapa sahaja yang ada disekelilingnya bukan kerana kepura-puraan, sebaliknya kerana tingginya nilai keimanan.
WAJAH
Jaa'far bin Sulaiman menuturkan: "Jika aku menemukan kekerasan di dalam hatiku, aku akan segera pergi dan melihat wajah Muhammad bin Wasi' al-Azdi. Wajahnya menggambarkan seolah-olah dia baru sahaja kehilangan anaknya."
[Siyar A'lam al-Nubala']
AIR MATA
Fudhail bin 'Iyadh menuturkan: "Seorang Mukmin apabila melihat Mukmin yang lain, maka dia akan menemui ketenangan."
Abdullah bin Mubarak berkata: "Apabila aku melihat wajah Fudhail, kesedihan dalam hatiku akan mula muncul kembali. Meskipun begitu, aku akan dapat melawan nafsu walaupun air mataku mengalir."
Pengajaran:
Berkawan dan mendekati orang yang ikhlas merupakan salah satu jalan tarbiah diri uttuk mencapai keikhlasan. Bukankah berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terpalit bau wanginya?
BOHONG ORANG SOLEH
'BOHONG' ORANG SOLEH
Suatu hari, seorang lelaki telah melarikan diri daripada dikejar musuhnya. Dia meminta pertolongan daripada seprang lelaki soleh.
"Tolong sembunyikan aku daripada orang yang mengejarku," katanya.
Orang soleh itu berkata: "Baringlah di sini." Kemudian dia melemparkan seikat daun kurma ke atas tubuh badan lelaki tersebut.
Ketika orang yang mengejar lelaki tadi bertanyakan keberadaannya, lelaki soleh itu berkata: "Dia berada di bawah timbunan daun kurma ini."
Para pengejar tadi menganggap orang itu berbohong lalu mereka pun meninggalkannya. Akhirnya, lelaki tadi terselamat daripada niat jahat para pengejarnya kerana kejujuran orang soleh tersebut.
Pengajaran:
Orang yang jujur ialah orang yang beruntung. Kebiasaannya Allah akan memelihara mereka daripda melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan-Nya.
Bahkan mereka juga mudah bertemu jalan keluar ketika dihimpit sebarang kesusahan. Benarlah, jujur itu kunci menjemput redha Allah.
"JIKA AKU MENINGGAL TERLEBIH DAHULU"
Said bin Musayyab mengisahkan pada suatu ketika, Abdullah bin Salam dan Salman berjumpa. Salah seorang daripada mereka berkata kepada yang lain: "Jika kamu meninggal dunia terlebih dahulu, jumlah aku dan ceritakan perjumpaanmu dengan Allah. Jika aku meninggal dunia terlebih dahulu, aku pun akan melakukan hal yang sama."
Salah seorang daripada mereka bertanya: 'Bagaimana orang yang sudah mati boleh menemui orang yang masih hidup?'
Salah seorangnya daripadanya menjawab: "Hal itu tidak mustahil kerana roh bebas pergi ke mana-mana sahaja di syurga.'
Ketika salah seorang daripada mereka meninggal dunia, roh temannya yang sudah meninggal dunia mendatangi sahabatnya yang masih hidup dan berpesan kepadanya: 'Bertawakallah dan kamu akan mendapat khabar gembira kerana aku belum pernah melihat engakau bertawakal kepada Allah.'"
[al-Tawakkul]
Pengajaran:
Rahsia tawakal ada dalam hati manuisa. Jika manusia telah berniat dan bertawakal kepada Allah, tidak ada satu pun rintangan yang akan membatalkan niatnya. Waspadalah dengan hati yang masih mengharap pada manusia ketika dalam kesempitan sedangkan lidah menyebut, "Aku bertawakal kepada Allah."
Thursday, 7 September 2017
SANTAI BERILMU
SOMBONG
Abdullah bin Salam seorang pendeta Yahudi di Madinah. Ketika itu, beliau terkenal sebagai seorang Yahudi yang sangat menguasai kitab Taurat.
Apabila Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendengar berita tentang Baginda dan tertarik untuk melihat Baginda. Seketika melihat wajah Baginda, beliau terus beriman kepada Allah. Beliau mendapati sifat-sifat Baginda ada sepertimana yang dijanjikan dalam Taurat.
Abdullah bin Salam terus menjadi seorang Muslim hingga akhir hayatnya. Beliau juga turut serta berjuang menegakkan dakwah Rasulullah.
Pada suatu hari, beliau berjalan di pasar dan memikul selonggok kayu bakar untuk keluarganya. Orang ramai yang melihatnyaberasa hairan kerana beliau merupakan seorang tokoh yang terhormat. Beliau boleh sahaja menyuruh orang lain melakukan pekerjaan kasar tersebut.
Seseorang lalu berkata kepadanya: "Mengapa tuan melakukan pekerjaan ini? Bukankah Allah telah mencukupkan tuan sehingga tuan tidak perlu melakukannya?"
Beliau menjawab: "Ya,namun aku ingin mematahkan kesombongan dalam hatiku kerana aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang memiliki sifat sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi." [Riwayat Muslim]
PENGAJARAN
Setiap manusia sentiasa berisiko untuk terjerumus ke kancah kesombongan secara tidak sedar. Sombong ini banyak peringkatnya. Namun asasnya bermula apabila kita merasakan diri lebih baik daripada orang lain sekaligus memandang rendah pada mereka.
BISIKAN IBLIS
Diriwayatkan daripada Ibn Syihab al-Zuhri, iblis bertanya kepada Nabi Isa: "Wahai anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?"
Nabi Isa menjawab: 'Benar wahai musuh Allah'
Iblis berkata lagi: 'Jika begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung lalu lemparkanlah dirimu dari atas. Lihat adakah engkau mati atau tidak?'
Isa menjawab: 'wahai musuh Allah. Sesungguhnya Tuhan boleh menguji hamba-Nya, tetapi hamba Allah tidak boleh menguji Tuhannya.'" [ Riwayat Imam Ahmad]
PENGAJARAN
Iblis makhluk Allah yang tidak pernah mengenal erti berputus asa dalam menyesatkan umat manusia. Janganlah kita yang sudah mengetahui kejahatan iblis mudah mengalah sehingga tewas dengan bisikannya.
Friday, 25 August 2017
KITA KELIRU APA RASA HATI
Betapa indahnya nikmat sepi itu jika bersulam cinta pada yang satu.....
Kita bertemu di alam waktu yang amat sukar....
Pertemuan kita mungkin adalah pada masa yang salah.... Kerana pada tika pertemuan kita.... Ada dia antara kita.... Ada insan lain yang lebih awal dari aku.... Ada insan lain yang sedang berkasih dan sayang antara kamu dan dia.... Sedangkan aku cuma watak ketiga....
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.... Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu....
Hakikatnya amat payah kita buang kerana kamu telah lama bertakhta di hati namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi....
Hidup kita sering saja didatangi kenangan masa lalu.... Yang sering saja berganti dengan suka duka dengan seseorang yang pernah hadir pada hidup kita.... Kadang kita tidak pernah tahu menilai erti perasaan yang hadir.... Dan sering saja kita salah dalam menilai erti rasa itu....
Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran dari seseorang.... Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai....
Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.... Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.... Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.... Tak akan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.... Dan rasa itu akan pudar dan hilang dimamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya....
Ada kalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan.... Ada kalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk dikecewakan.... Kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita.... Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya....
Dan kadang kita bodoh dengan mencinta orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita....
Kita terus hilang..
Kita hanyut..
Di dalam kepentingan jiwa ini..
Kita keliru..
Dan kita terus membohongi diri sendiri..
Kerana kita..
Terlalu bodoh di dalam menilai..
Untuk menghargai insan yang menyintai kita....
~sentuhan maya
Wednesday, 16 August 2017
ADA APA DENGAN CINTA....
Adakah cinta hanya sebuah pelukan dan ciuman atau percintaan itu adalah satu pengorbanan untuk orang yang sangat bermakna bagi kita?
CINTA KEPADA BUNGA, CINTA AKAN LAYU.
CINTA KEPADA MANUSIA, MANUSIA ITU AKAN PERGI.
CINTA KEPADA ALLAH, CINTA ITU AKAN ABADI DAN SUCI.
Kecantikan seorang wanita bukanlah terletak pada pakaian yang dikenakan, susuk tubuh yang ditampilkan atau bagaimana dia menyisir dan mendandan rambutnya. Kecantikan wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana CINTA itu ada. Tersenyumlah saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis. Mempersonakan kerana memaafkan.
Wanita cantik akan mengasihi, sanggup berkorban dan mencintai dengan ketulusan hati serta bertambah kuat dalam iman dan pengharapan terhadap TUHAN di saat mendepani masalah.
Adakah cinta sejati dan cinta suci itu benar-benar wujud?
Menurut seorang pengkaji di Universiti Mexico, hubungan cinta seseorang itu hanya dapat bertahan selama empat tahun sahaja. Dalam jangka masa ini, penghasilan hormon dopamine, endorphin, feromon, oxytocin dan norepinephrine akan membuat seseorang berasa bahagia, berseri-seri dan rasa tergila-gila terhadap pasangan masing-masing lebih-lebih lagi di awal percintaan. Namun lama-kelamaan, penghasilan hormon ini akan menjadi berkurangan dan seseorang itu akan mudah berasa bosan dan jemu pada pasangan masing-masing.
Kalau benar seperti apa yang dibuktikan melalui kajian tersebut, bagaimanakah nasib cinta yang selama ini kita dambakan daripada pasangan kita? Bagaimana pula nasib cinta kita kepada pasangan kita?
Apabila anda mencintai pasangan anda kerana kecantikan atau ketampanannya, maka saat ini saya yakin tanggapan bahawa dia adalah orang tercantik dan tampan telah luntur. Jika dulu rasa cinta anda terhadapnya tumbuh kerana dia seorang yang kaya, maka saya yakin saat ini, kekayaannya tidak lagi menjadi faktor utama pilihan anda.
Andai rasa cinta anda bersemi kerana dia seorang yang berkedudukan tinggi, maka saat ini pasti kedudukannya itu bukan lagi menjadi pegangan anda.
Begitulah riwayat kisah cinta kita sesama manusia serupa seperti kisah ini.
Para ulama sejarah mengisahkan, suatu hari Abdul Rahman bin Abu Bakar pergi berniaga di Syam. dalam perjalanannya, dia melihat seorang wanita berbadan lampai, cantik dan rupawan bernama Laila. Disebabkan panahan cinta pandang pertama, dia telah memberitahu Khalifah Umar al-Khattab dan berpesan agar menyerahkan Laila kepadanya sekiranya Laila menjadi tawanan perang beliau.
Dengan izin Allah, Laila telah diserahkan kepada Abdul Rahman setelah menjadi tawanan perang. Bolehkah anda bayangkan betapa gembiranya Abdul Rahman? Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Impiannya benar-benar tercapai. Begitulah cintanya Abdul Rahman kepada Laila sehinggakan dilupa akan isteri-isterinya yang lain. Apabila sikapnya ditegur oleh Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w., dia berkata, "Tidakkah engkau lihat betapa indah giginya, yang bagaikan biji delima itu?"
Akan tetapi, beberapa lama kemudian, Laila mendapat penyakit bibir dan entah kenapa, kelihatan buruk pada pandangan matanya. Abdul Rahman mula berubah sikap. Dia mula bertindak kasar terhadap Laila kerana cintanya telah berubah.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Biasanya, seorang wanita itu dinikahi kerana empat alasan; harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau menikahi wanita yang taat beragama, nescaya engkau akan bahagia dan beruntung." (HR Muslim)
Justeru, cintailah kekasih anda kerana imannya, amal solehnya serta akhlaknya agar cinta anda kekal abadi. Tidakkah kita mendambakan cinta yang sentiasa mekar hingga ke akhirat kelak?
~sumber
Tuesday, 25 July 2017
DRAMA MELAYU VERSI INGAT MATI
Monday, 24 July 2017
KISAH SYAITAN MEMBANTU PEMUDA KE MASJID.
Seorang pemuda buta bangun awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah dia berganti baju, berwuduk, dan lagi, berjalan menuju masjid. Dalam perjalanan kembali menuju ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia, sekali lagi bangkit membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah dia sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia bertanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu membantu anda."
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya kenapa menolak untuk masuk dan solat? Lelaki itu menjawab
"Aku adalah Iblis"
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.
Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itu juga tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid.
Kerana hal itu Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan anda sampai di masjid dengan selamat...."
MORAL
Jangan biarkan syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak dilakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang akan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut.
~kredit jiwa hamba.
Saturday, 22 July 2017
AL KISAH SEBIJI BURGER
Malam itu Kak Fidah bertengkar dengan ibunya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang menggigil ketakutan lalu bertanya...
"Adik dah makan belum? Kalau nak ambil burger ayam ini untuk makan dulu," kata penjual burger itu.
"Tetapi saya tiada duit Pakcik," kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
"Tak apa pakcik belanja, Mai, duduk sini makan," kata penjual burger itu sambil membuat satu milo panas untuk kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan airmata....
"Mengapa sayang?" tanya penjual burger.
"Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik," kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.
"Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi ibu saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya! " tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah penjual burger mengeluh.
"Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger sahaja, adik dah terasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?" kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir....
"Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi ibu saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walau sikit."
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada ibunya apabila dia tiba di rumah....."Maafkan saya ibu. Semua salah Fidah.......maafkan saya ibu."
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah ibunya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.....
"Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Ibu dah masak, jom makan," kata ibunya.
Fidah terus menangis di tangan ibunya.
Wahai anakku, Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekelilingmu, tetapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah unutk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu.....tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?
~ Dato'Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
Sunday, 28 May 2017
KISAH PENGAJARAN
SEJERNIH AIR TELAGA
Seorang guru melihat muridnya duduk termenung kerana memikirkan nasib dirinya yang baru sahaja kehilangan wang. Beliau cuba mendekati lalu menyapa dan memberikannya segelas air berisi gula.
Guru : Tadi kamu minum segelas air yang aku isikan sesenduk gula, apa yang kamu rasakan?
Murid : Rasanya manis, guru.
Guru : Jika aku letakkan satu senduk garam, bagaimana rasanya?
Guru : Kalau begitu tentulah rasanya sangat masin.
Lalu sang guru mengajak murid itu ke telaga yang airnya sangat jernih. Dia menaburkan satu senduk gula.
Guru : Cuba kamu minum air telaga ini. Apa yang kamu rasa ?
Murid : Rasanya sangat segar wahai guruku.
Kemudian guru itu menaburkan satu senduk garam ke dalam telaga itu.
Guru : Sekarang kamu minum air telaga ini. Bagaimana rasanya?
Murid : Tetap segar, guru.
Guru : Begitulah kehidupan. manis dan masin itu tidak terasa bagi orang yang hatinya lapang dan penuh dengan rasa syukur.
* Pengajaran: Belajarlah untuk berlapang dada dan bersyukur dengan segala nikmat yang kita miliki.
Kita mungkin kehilangan sebahagian nikmat namun kita sebenarnya masih memiliki pelbagai nikmat lain yang tidak kita hargai.
ANAK KAPAL MENGAJAR AHLI FALSAFAH
Ada seorang ahli falsafah menaiki sebuah kapal kecil untuk menyeberangi lautan. Kerana merasa bosan, dia kemudian mencari anak kapal untuk berbual.
Ahli falsafah itu bertanya kepada pelaut: "Adakah kamu mengetahui tentang falsafah?"
"Saya tidakmengetahuinya." jawab anak kapal.
"Wahh, sayang sekali. Kamu telah kehilangan separuh daripada kehidupanmu."
"Apakah kamu tahu tentang permasalahan metematik?" Ahli falsafah tersebut bertanya lagi dengan nada angkuh.
"Saya tidak tahu." jawab anak kapal tersebut.
Ahli falsafah itu menggelengkan kepalanya seraya berkata:
"Sayang sekali. Kamu juga tidak pandai dalam matematik. Ini bermakna kamu talah kehilangan separuh lagi dari kehidupanmu."
Ahli falsafah itu pergi meninggalkan anak kapal itu. Tidak lama kemudian, ombak besar tiba-tiba mengganas lalu membuat kapal tersebut terombang-ambing. Beberapa tempat telah dimasuki air.
Perahu tersebut akan tenggelam. Ahli falsafah mulai ketakutan. Tiba- tiba muncul anak kapal di belakangnya lalu dia pun bertanya kepada ahli falsafah itu:
"Tuan, apakah kamu tahu berenang?"
Ahli falsafah terus menggelengkan kepalanya dan berkata: "Saya tidak tahu. Cepat, tolong selamatkan saya."
Anak kapal itu ketawa dan berkata: "Berenang pun kamu tidak mampu, jadi sekarang apa erti dalam kehidupan yang kamu banggakan? Kamu akan kehilangan seluruh kehidupan!"
* Pengajaran: Semua orang sebenarnya memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jangan disebabkan kelebihan itu, kita menjadi sombong mahupun angkuh. Ingatlah, akan sentiasa ada orang yang lebih pintar daripada kita. Kita juga masih perlu belajar dari kelebihan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Jangan jadikan diri kita lebih buruk dari orang yang gemar memburuk-burukan kita dengan sengaja agar ramai yang membenci dan menjauhi di...
-
.......Ukuran ketulusan dan kesejatian cintamu adalah apa yang kamu berikan padanya untuk membuat kehidupannya menjadi lebih baik. Ma...
-
Ada ketikanya orang yang memberi tidak menghulur cintanya sepenuh hati, kurang ikhlas dan mengharapkan imbal balik, lalu orang yang mene...


















