Sunday, 28 May 2017

KISAH PENGAJARAN


SEJERNIH AIR TELAGA

Seorang guru melihat muridnya duduk termenung kerana memikirkan nasib dirinya yang baru sahaja kehilangan wang. Beliau cuba mendekati lalu menyapa dan memberikannya segelas air berisi gula.

Guru : Tadi kamu minum segelas air yang aku isikan sesenduk gula, apa yang kamu rasakan?

Murid : Rasanya manis, guru.

Guru : Jika aku letakkan satu senduk garam, bagaimana rasanya?

Guru : Kalau begitu tentulah rasanya sangat masin.
Lalu sang guru mengajak murid itu ke telaga yang airnya sangat jernih. Dia menaburkan satu senduk gula.

Guru : Cuba kamu minum air telaga ini. Apa yang kamu rasa ?

Murid : Rasanya sangat segar wahai guruku.

Kemudian guru itu menaburkan satu senduk garam ke dalam telaga itu.

Guru : Sekarang kamu minum air telaga ini. Bagaimana rasanya?

Murid : Tetap segar, guru.

Guru : Begitulah kehidupan. manis dan masin itu tidak terasa bagi orang yang hatinya lapang dan penuh dengan rasa syukur.


*  Pengajaran: Belajarlah untuk berlapang dada dan bersyukur dengan segala nikmat yang kita miliki.
Kita mungkin kehilangan sebahagian nikmat namun kita sebenarnya masih memiliki pelbagai nikmat lain yang tidak kita hargai.






ANAK KAPAL MENGAJAR AHLI FALSAFAH

Ada seorang ahli falsafah menaiki sebuah kapal kecil untuk menyeberangi lautan. Kerana merasa bosan, dia kemudian mencari anak kapal untuk berbual.

Ahli falsafah itu bertanya kepada pelaut: "Adakah kamu mengetahui tentang falsafah?"
"Saya tidakmengetahuinya." jawab anak kapal.

"Wahh, sayang sekali. Kamu telah kehilangan separuh daripada kehidupanmu."

"Apakah kamu tahu tentang permasalahan metematik?" Ahli falsafah tersebut bertanya lagi dengan nada angkuh.

"Saya tidak tahu." jawab anak kapal tersebut.

Ahli falsafah itu menggelengkan kepalanya seraya berkata:
"Sayang sekali. Kamu juga tidak pandai dalam matematik. Ini bermakna kamu talah kehilangan separuh lagi dari kehidupanmu."

Ahli falsafah itu pergi meninggalkan anak kapal itu. Tidak lama kemudian, ombak besar tiba-tiba mengganas lalu membuat kapal tersebut terombang-ambing. Beberapa tempat telah dimasuki air.

Perahu tersebut akan tenggelam. Ahli falsafah mulai ketakutan. Tiba- tiba muncul anak kapal di belakangnya lalu dia pun bertanya kepada ahli falsafah itu:
"Tuan, apakah kamu tahu berenang?"
Ahli falsafah terus menggelengkan kepalanya dan berkata: "Saya tidak tahu. Cepat, tolong selamatkan saya."

Anak kapal itu ketawa dan berkata: "Berenang pun kamu tidak mampu, jadi sekarang apa erti dalam kehidupan yang kamu banggakan? Kamu akan kehilangan seluruh kehidupan!"


*  Pengajaran: Semua orang sebenarnya memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jangan disebabkan kelebihan itu, kita menjadi sombong mahupun angkuh. Ingatlah, akan sentiasa ada orang yang lebih pintar daripada kita. Kita juga masih perlu belajar dari kelebihan orang lain.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...