Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Friday, 19 May 2017
SEBUAH KEPASTIAN YANG PASTI
Kematian itu adalah pasti
Diriku, dirimu tiada yang terkecuali.....
Bila. di mana dan bagaimana, tiada siapa yang mengetahui...
Yang tua, Yang muda persiapkanlah diri..
Yang sakit, Yang sihat jangan berlengah lagi..
Gedung kasih sayangNya tiada terkunci..
Tawaran ampunanNya sentiasa diberi..
Dia Maha Memaafkan sesiapa sahaja tanpa peduli..
Maha Mengampuni tanpa dipersoalkanNya lagi..
Andainya kita mengerti,
Pasti tidak kita lepaskan peluang ini..
Betapa kita telah dimanjakan Dia. Tuhan yang Maha Baik, Rabbul 'Izzati..
Mereka yang wafat dalam keadaan rindu dan Dirindui Ilahi, daku iri..
Semoga demikian ke atasku, ke atasmu tika pulang menghadap Kekasih Sejati..
Saat itu pasti terjadi, kerana kematian itu adalah pasti..
Itulah permulaan kehidupan kita di negara yang abadi..
Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah akhirnya. Jadikanlah sebaik-baik dari amalan kami adalah penutupnya dan jadikanlah sebaik-baik hari-hari kami adalah hari di mana kami bertemu denganMu wahai Allah....Aamiin Ya Allah, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub saw.
~sumber.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempu...
-
SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat...
-
Seorang penyair berkata, Seburuk-buruk manusia adalah yang hanya sibuk mencari aib/ kekurangan orang lain. Sebagaimana lalat yang han...
