Kebahagiaan itu bukan terletak kepada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak Allah Yang Maha Berkehendak.
Mulailah dengan sabar, sehingga engkau mampu melangkah redha, akhirnya engkau akan memahami kehendak Allah kepada dirimu.
~ Kalam Syeikh Rohimuddin Nawawi al- Jahari al- Bantani.
Segala puji bagi Allah swt, diatas nikmat kecintaan kepada Sayyidina Muhammad saw. Kecintaan yang berada di hatimu besar atau pun kecilnya, itu adalah khabar gembira bahawa kau mempunyai sambungan yang tidak terputus dengan cinta Nabi Muhammad saw. kepada-Mu.....
~ Al-Habib Ali Zainal 'Abidin ibn 'Abdurahman al- Jifri.
Cinta kepada Nabi Muhammad saw, adalah bentuk cinta kepada Allah swt, kerana Nabi adalah ciptaan Allah dan yang mencintai Allah pastilah ia mencintai orang yang paling dicintai Allah, iaitu Nabi Muhammad saw.
~ Al-Habib Munzir ibn Fuad ibn 'Abdurahman al- Musawa.