Ya Allah, Ya Tuhanku
Perbaikilah urusan agamaku
yang mana ia adalah segala-galanya bagiku
Perbaikilah urusan duniaku
yang mana ia tempat aku mencari bekalan
Perbaikilah urusan akhiratku
yang mana ia adalah tempat kembaliku
Jadikanlah kehidupan ini untuk aku menambah segala kebaikan
Jadikanlah kematian itu sebagai pelindung daripada memungkinkan
aku melakukan kejahatan
Aamiin
Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Pada hari Jumaat ada satu saat bertetapan dengan orang Islam, ketika dia sedang bersembahyang, dimana tak kala dia berdoa, doanya itu akan dimakbulkan"
Rasulullah s.a.w. menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktunya.