Monday, 1 May 2017

MENOLAK PERMINTAAN ORANG...



Dalam hidup ini memang sebolehnya kita mahu menunaikan setiap permintaan insan-insan yang rapat dengan kita sama ada ahli keluarga mahu pun teman-teman. Kita ingin sekali membuatkan mereka bahagia. Tapi hakikatnya kita tidak mampu menjadi sempurna.

Memang ada kalanya kita perlu menolak permintaan orang yang kita sayangi. Tidak dinafikan kita akan berasa bersalah kerana terpaksa menolak atau berkata tidak. Tambahan pula jika penerimaan mereka sangat negatif. Ada yang kecil hati tak kurang yang sentap.

Nasihat saya jangan hukum diri dengan rasa bersalah. Sebenarnya kita perlu belajar menolak permintaan jika perkara itu menyusahkan kita dengan membuatkan kita tidak gembira. Kita mesti belajar berterus terang dengan orang sekeliling. Jujur dengan perasaan kita, jangan jadi manusia plastik. Di depan kata okay, tapi di belakang kutuk berbakul.

Tidak mengapa jika mereka terasa hati apabila kita menolak permintaan. Kita terangkan sebab kita membuat keputusan sedemikian. Lambat laun mereka akan faham kerana akan tiba suatu masa nanti, mereka pula yang akan menolak permintaan kita. Mana mungkin manusia dapat memenuhi segala permintaan tanpa sebarang halangan. Saat permintaan kita ditolak, belajarlah memahami dan menerimanya dengan lapang dada.





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...