Kita selalu berharap ada orang yang baik-baik dalam hidup kita. Tapi kita lupa, kita salah seorang daripadanya.
Aku cuba jadi orang itu. Walau kadang tak berasa adil dan sering tidak dipedulikan. Walaupun dilayan dengan sindiran.
Tak apa. Kali ini aku cuba untuk menidakkan semua perasaan itu, meski pun bukan senang. Allah knows better.
Aku selalu harap ada seorang kawan baik, at least. Yang aku boleh share perasaan suka duka aku, tapi tak ada. Aku ada seorang sahabat yang sudah bersama sejak kecil sehingga kini. Namun tidak cukup untuk aku ceritakan hal peribadiku.
Tak apa. Kali ini, aku cuba bagi dia support dan kata-kata semangat yang tak pernah aku nak buat sepanjang perkenalan kami. Aku bukan kawan yang baik tapi aku cuba jadi yang terbaik. In shaa Allah.
Biarlah apa orang nak cakap pasal diri kita, Allah lebih tahu selebihnya. Biarlah orang nak layan kita seperti apa, sabar, sebarkkan kebaikan walaupun sukar. Tetap positive dan bersangka baik.
Be kind, have a courage.
May Allah ease everything.
Penat kita, siapa yang kisah. Penat kita siapa yang rasa. Penat kita siapa yang sudi peduli.
Tak apalah kalau tak sudi untu kisah, rasa dan peduli. tak apalah. Cukup cuma aku dan Tuhan yang tahu.
Pernah merasa begitu bersyukur ditemukan dengan orang baik-baik? Bukan kerana mereka baik. Tapi kerana kita tahu bahawa kita bukan orang baik.
mereka tidak pernah menuntut kita untuk menjadi baik. Tapi kebaikan yang ada pada diri mereka membuat kita malu sebab kita tahu kita tidak baik.
Lalu kebaikan itu menjelma menjadi sebuah energi. Semacam energi yang telisik menggelitik dirimu untuk tergerak menjadi orang baik dan berbuat baik.
Menjadi seseorang yang lebih baik, menjadi orang yang berusaha penuh memiliki amal baik lalu menyempurnakannya dengan baik.
Apa kamu pernah merasakannya?
Orang-orang baik itu adalah perantara kebaikan. Perantara Maha Baiknya Allah. Orang-orang yang disengajakan Allah untuk hadir dalam hidupmu.
Orang-orang baik itu mengajak kita dalam satu lingkaran kebaikan. Lingkaran yang usianya tidak hanya sampai dunia tapi melampaui hingga syurga.
Jagalah orang-orang baik itu. Jangan sia-siakan. Tetaplah membersamai mereka. Doakan mereka. Sebab Allah menitipkan kebaikan dirimu lewat kehadirannya.
Jodoh ni bukan hanya semata-mata benda rahsia yang kita sekadar tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya dengan teruja.
Jodoh ini lebih dari itu.
Jodoh ini tentang keyakinan.
Tentang usaha.
Tentang kita sebagai hamba dan Allah itu Tuhan kita.
Kalau bukan kerana Allah, nak bernafas pun tak mampu.
Stop comparing your life with others.
Its ordinary to search for something that will love you.
But searching for something you will love is part of a journey.
Yeah, It might be a long, though and exhausted.
Ada satu tahap tu kau akan rasa.
"Aku serahkan hidup dan matiku padaMu Ya Allah. Aku serahkan segala perkara yang aku tak tahu kepada Mu Ya Allah."
Apa yang cantik pada pandangan kita, belum tentu cantik pada pandangan Allah dan apa yang kelihatan seperti tidak menarik bagi kita, mungkin itulah yang terbaik dari Allah.
Kita ini manusia lemah. Maka bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.
Tika kau rasa hilang arah, kembalilah berpaut kepada Allah.
Tika kau rasa buntu, Allah jualah tempat mengadu.
Tika kau rasa kecewa, hanya Allah tempat kembali mengharap.
Tika kau rasa tidak punya apa-apa, ketahuilah Allah itu sentiasa ada.
Maka mintalah pada Allah.
Penyembuh segala duka.
Penawar semua luka.
kekuatan saat terasa lemah.
Keyakinan walau dalam kehilangan.
"Allah hendak memberikan keinginan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah. [An-Nisa:28]"
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkau sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali. [Al-Mumtainah:4]"