Imam Al-Ghazali berpesan dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah menjadi kewajipan untuk kita menjaga lidah daripada 8 perkara.
1] Jangan bercakap bohong : Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak percaya lagi padanya.
2] Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik. "Nabi saw. ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu adalah jika bercakap dia berbohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. dan jika berjanji, usaha sedaya upaya untuk memenuhinya.
3] Ini memang sukar dijauhi, dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, dibelakang orang itu , dan jika orang itu tahu, dia kan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tidak betul tentang seseorang itu, namanya fitnah.
Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan menutup keaiban kita. Jika tidak Allah akan membuka keaiban kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita.
Itu hanyalah balasan di dunia, diakhirat nanti akan dibuka keaibannya dan akan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang mengata yang dia tidak mengumpat, sekadar menumpang dengar. Sebenarnya sama saja dosanya, samada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tidak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbincangan atau membubarkan kumpulan itu, jangan pula kita jadi nasi tambah dalam sesuatu perbualan mengumpat.
Hassan Al-Basri diberitahu ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul lalu mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya kepada saya, jadi tanda penghargaan saya padanya."
4] Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalu kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita saja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekali pun, mungkin akan sampai pada tahap di mana dia tidak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.
5] Apabila ditanya oleh seorang imam, " Apakah perkara benar yang buruk?" Lalu jawabnya, "Memuji diri sendiri." Itulah juga yang kita kenali sebagai "Masuk bakul angkat sendiri" Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.
6] Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang , tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi saw. sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun makanan tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan tetap mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.
7] Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman yang dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
8] Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan. Kerana kadang-kadang orang tetap akan berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita, Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikain. Jangan kita lawan pula....
~ sumber perjalanan yang singkat.