Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Tuesday, 9 May 2017
ERTI DAN MENGERTI....
SAUDAGAR MINYAK DAN BURUNG NURI.
Saudagar minyak atar memelihara seekor burung nuri untuk berkawan, menyahut sapa dan menjaga kedai semasa ketiadaannya.
Pada suatu hari semasa saudagar keluar berdagang, seekor kucing menendang botol minyak atar lalu tumpah.
Sekembali saudagar ke kedai ia menjadi berang kerana marah tumpahnya minyak wangi, lalu dijentiknya kepala nuri akibat sangkanya nuri yang empunya kerenah angkara. Lalu gugurlah bulu-bulu dari kepala si nuri hingga menjadi botak seluruhnya. Hilanglah riangnya si nuri itu tidak mahu bernyanyi dan bersapa lagi, walau dipujuk atau dirayu si saudagar.
Pada suatu hari seorang pembeli masuk ke kedai membeli atar dan kepalanya juga botak licin macam si nuri juga.
Maka bersuaralah si nuri tadi berkatanya, "Wahai tuan yang budiman, minyak siapakah yang tuan tumpahkan hingga gugur bulu di kepala seperti hamba?" Si pembeli tersenyum saja tahu ia si nuri melihat bentuk zahir rupa tanpa mengerti sebab dan punca.
Bentuk yang sama tetapi maknanya berbeza diantara yang mengerti dan tidak mengerti.
ORANG TUA DENGAN TABIB
Seorang tua berjumpa dengan tabib, " Kenapa badanku terasa sakit?" Jawab tabib , "Kerana usiamu".
"Kenapa perutku sakit selalu?" "Kerana usiamu"
"Kenapa tangan kakiku juga terasa sakit?" "kerana usiamu" kata tabib.
Orang tua itu menjadi berang. "Bukankah kau tabib? Tidak adakah jawapan lain ibarat butung kakak tua yang tahu berkata hanya usia tua?" "Tahukah kamu mengapa kau berang?; kerana usiamu!!!"
Bagi si jahil setiap penjelasan tidak dapat diterima.
MERAK YANG TAATKAN TUANNYA.
Seekor merak dilihat petani
Mencarik ekor membinasa diri
Mengapa demikian engkau perlaku
Apa sudah akalmu buntu?
Aduhai petani dengar cerita
Akan ekorku indah mulia
Kerana indahnya menjadi punca
Diburu pemburu ke sini ke sana
menjadi tuanku gundah gulana
Biar binasa akan diri
Agar tuanku senanglah hati
Apa guna cendana peri
Jika ia disalah erti.
Demikian kecantikan, kekayaan dan pangkat itu adalah ujian kehidupan dunia sahaja. Ia dijadikan untuk kita mengenal erti sebenar ketulusan dan penyerahan.
Kasih dan taat adalah asas penghidupan, pentingnya perhambaan yang sebenar berlandaskan UBUDIYYAH.
Dikutip daripada rangkaian sastera sufi.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...