ALHAMDULILLAH.
Semoga hari ini menjadi lebih bermakna....
Teringat kisah ini:
Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai- LAUT INI PENCURI.
Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pinggir pantai- LAUT INI BAIK HATI.
Seorang pemuda tenggelam di lautan, lalu ibunya menulis di pantai- LAUT INI PEMBUNUH.
Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai- LAUT INI PENUH BERKAT.
Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu.....
Maka -JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.
Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan.
Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.
Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa.
Eratkan silaturrahim, walaupun sekadar doa....
Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Hayatilah kata-kata dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani agar sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu denga...
-
Orang kaya yang tidak berilmu tetap akan menjadi bodoh. Walau sekaya manapun mereka, jauh lebih kaya daripada kita, biasanya kita masih dapa...
-
Alhamdulillah. Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah s.w.t. agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat mengingi...