"Bagaimanakah agaknya kita hendak membuktikan cinta kita kepada Baginda Rasulullah saw. ?
Ia bermula dengan ikatan kita kepada Baginda Rasulullah dengan sebanyak mana agaknya kita berselawat kepada Rasulullah saw. Sedangkan selawat kepada Rasulullah saw. pulangannya adalah kepada kita, bukan kepada Baginda Rasulullah saw.
Suatu ketika Baginda Rasulullah melangkah menuju ke mihrab lalu mengangkat takbir terus bersujud. Diketahuilah Saidina 'Abdulrahman bin 'Auf dan bebrapa para sahabat lainnya bahawa Baginda Rasulullah sedang melakukan sujud syukur.
Namun, sujud Baginda Rasulullah saw. begitu dasyat, begitu mantap, dan luar biasa pada saat itu, sehungga mereka menyangka jika Baginda sudah wafat ketika itu kerana begitu mantapnya sujud Baginda dan tidak bergerak.
Sehingga setelah Baginda Rasulullah saw. memberi salam, mereka menghampiri Baginda lantas bertanya, "Alangkah hebatnya dan luar biasanya sujudmu wahai Rasulullah saw, apa yang sedang engkau syukuri?"
Maka Baginda Rasulullah saw. bersabda, "Sebentar tadi Jibril 'Alahis-salam datang kepadaku dan mengatakan, "Wahai Rasulullah, barang siapa dikalangan ummatmu berselawat kepadamu sekali, maka Allah s.w.t. berselawat kepadanya sepuluh kali," maka akau bersyukur dengan kurniaan Allah swt. kepada ummatku."
Bukan yang Baginda Nabi pandang adalah selawat kepadanya tetapi yang Baginda Nabi syukur adalah balasan selawat sepuluh kali ganda daripada Allah kepada ummat sehingga Baginda Nabi bersujud kerana bersyukur untuk kita ummatnya.
Apakah pernah seumur hidup kita ini, kita sujud syukur kerana bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad saw.?
Apakah pernah kita sujud syukur kerana Nabi kita adalah Nabi Muhammad saw?
Alangkah jauhnya jika cinta kita mahu dibandingkan dengan cinta baginda Rasulullah saw.
~ Al -Habib Najmuddin bin Osman al--Khered.