Monday, 26 February 2018

KISAH-KISAH ANAK SOLEH



APA SAHAJA UNTUK IBUKU

Semasa pemerintahan Uthman bin Affan, harga sebuah pohon kurma mencapai 1000 dirham. Suatu hari, Usamah bin Zaid membeli sebatang pohon kurma lalu memotong dan mengambil bahagian batang kurma yang berwarna putih yang berada di jantung pohon.

Sesudah mendapatkannya, Usamah bi Zaid  terus menuju ke ibunya dan memberikan kurma tersebut. Melihat tindakan pelik Usamah bin Zaid itu, ramai orang berkata kepadanya, "Mengapa engkau berbuat sedemikian ? Padahal engkau mengetahui bahawa harga sebatang pohon kurma itu 1000 dirham."

Beliau menjawab, "Kerana ibuku yang meminta bahagian batang pohon kurma itu dan tidaklah ibuku meminta sesuatu kepadaku yang mampu aku berikan, melainkan pasti aku akan memberikannya.



TINGGALKAN PENGAJIAN

Haiwah bin Syuraih seorang imam dan ulama besar di Mesir. Anak muridnya ramai sekali dan kelas pengajiannya selalu dihadir oleh ramai orang.

Suatu hari ketika beliau sedang mengadakan kelas, ibunya datang dan memanggilnya;
"Wahai Haiwah, bangunlah dan ke mari. Pergilah berikan ayam-ayam kita makan sekarang."

Sebaik mendengar arahan dari ibunya, Imam Haiwah bin Syuraih terus berhenti mengajar dan pergi melaksanakan arahan ibunya.



HEBATNYA DOA UWAIS al-QARNI

Suatu hari, Umar bin al-Khattab didatangi oleh satu rombongan dari Yaman. Dia bertanya, "Apakah ada di dalam kalangan kalian orang yang bernama Uwais bin Amir? Uwais mengakuinya sehingga Umar mendatnagi Uwais dan bertanya, "Benarkah engkau Uwais bin Amir?" Uwais menjawab, "Ya, benar" Umar bertanya lagi, "Benarkah engkau dari Murod, dari Qarn?" Uwais menjawab, "Yaa."

Umar bertanya lagi, "Benarkah engkau dahulu memiliki penyakit kulit lantas sembuh kecuali sebesar satu dirham."
Urwais menjawab, "YA"
Umar bertanya lagi, "Benar engakau masih mempunyai seorang ibu?"
Uwais menjawab, "Ya."
Umar berkata, "Aku sendiri pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang seseorang bernama Urwais bin Amir bersama serombongan dari Yaman. Dia berasal dari Murad kemudian dari Qarn. Dia mempunyai penyakit kulit kemudian sembuh kecuali satu bahagian sebesar satu dirham. Dia ada seorang ibu dan sangat berbakti padanya.
Seandainya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang apa sahaja yang dia mohon. Jika engkau mampu agar dia meminta pada Allah supaya engkau diampuni, mintalah padanya."

Umar pun berkata kepada Urwais, "Mintalah kepada Allah agar mengampuniku. " Kemudian Urwais mendoakan Umar dengan meminta ampunan pada Allah. Umar pun bertanyakan kepada Urwais, "Engkau hendak ke mana?" Uwais menjawab, "Ke Kufah."

Umar pun mengatakan kepada Urwais, "Bagaimana jika aku menulis surat kepada pembesar di Kufah supaya membantumu?"
Urwais menjawab, "Aku lebih suka menjadi orang lemah yang tidak dikenali."

~sumber

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...