Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Thursday, 28 September 2017
AKU HAMBA SAHAYA
"AKU HAMBA SAHAYA"
Suatu ketika Ibrahim bin Adham pergi ke suatu kawasan di padang pasir, seorang tentera lelaki menemuinya lalu bertanya: "Adakah kamu seorang hamba sahaya?"
"Ya, "Jawabnya.
"JIka begitu, tunjukkan aku kota yang didiami ramai orang," katanya.
Ibrahim Adham lalu menunjukkannya ke arah kuburan.
Tentera itu menegaskan bahawa dia bertanyakan arah kota keramaian, bukannya kuburan.
Marah dengan jawapan Ibrahim Adham, tentera itu memukulnya hingga luka dan kemudiannya berjalan menuju ke kampung halamannya.
Orang yang mengenali Ibrahim Adham bertanyakan perkara yang berlaku. Tentera itu menceritakan kisahnya bersama-sama Ibrahim.
Lalu mereka berkata: "Adakah kamu tidak mengetahui bahawa lelaki ini ialah Ibrahim bin Adham?"
Tentera itu segera turun dari kudanya lalu mencium tangan dan kepala Ibrahim sambil memohon maaf kepadanya.
Seseorang bertanya kepada Ibrahim: "Mengapa engkau mengatakan engkau seorang hamba?"
Jawab Ibrahim: "Aku mengiakannya kerana memang benar aku seorang hamba Allah. Ketika dia memukul kepalaku, aku memohon kepada Allah untuknya syurga."
Mereka bertanya lagi: "Engkau memohon kebaikan untuk orang yang telah menzalimimu?"
Ibrahim menjawab: "Aku sedar, aku akan diberi pahala atas perlakuannya kepadaku. Aku sama sekali tidak menginginkan diriku memperoleh ganjaran kebaikan, sedangkan dia memperoleh ganjaran buruk."
[Ihya' 'Ulum al-Din]
Pengajaran:
Mukmin yang sejati tidak hanya memikirkan hal diri sendiri. Cintanya kepada sesiapa sahaja yang ada disekelilingnya bukan kerana kepura-puraan, sebaliknya kerana tingginya nilai keimanan.
WAJAH
Jaa'far bin Sulaiman menuturkan: "Jika aku menemukan kekerasan di dalam hatiku, aku akan segera pergi dan melihat wajah Muhammad bin Wasi' al-Azdi. Wajahnya menggambarkan seolah-olah dia baru sahaja kehilangan anaknya."
[Siyar A'lam al-Nubala']
AIR MATA
Fudhail bin 'Iyadh menuturkan: "Seorang Mukmin apabila melihat Mukmin yang lain, maka dia akan menemui ketenangan."
Abdullah bin Mubarak berkata: "Apabila aku melihat wajah Fudhail, kesedihan dalam hatiku akan mula muncul kembali. Meskipun begitu, aku akan dapat melawan nafsu walaupun air mataku mengalir."
Pengajaran:
Berkawan dan mendekati orang yang ikhlas merupakan salah satu jalan tarbiah diri uttuk mencapai keikhlasan. Bukankah berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terpalit bau wanginya?
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Mencintai seseorang itu bisa dibentuk sesederhana mungkin. Diam-diam permudahkan segala urusannya Diam-diam membantu kesulitannya Di...
-
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. And...
-
Sering kita merasa punya sesuatu, memiliki sesuatu....pada hal kita tak pernah memiliki sesuatu selain amal salih. Itu parahnya s...
