Telahan senyum dalam menghukum
Semoga ada pelbagai pengertiannya
Tidak semestinya menyokong
Tidak semestinya membantah
Tidak semestinya mengoda
Zahirnya hanya tanda ceria
Andai khilaf Tidak Sempurna
Umpamanya empat mazhab kita pegang
Jalan tetap sama
Cuma pendapat yang berbeza
Rahsia Kalbun
Hati sukar untuk ditelaah
Hakikat zahirnya dapat dilihat
Hakikat batin itu rahsia-Nya
Zahir Amarah
Marah ada tempatnya
Marah adalah amarah
Amarah adalah nafsu
Nafsu adalah fitrah
Dalam Menyeru
Panduannya adalah dakwah
Dakwah itu menyampaikan
Kaitan dan Ikatan
Ikatan dosa dan pahala
Ikatan kasih dan sayang
Ikatan kita milik Allah SWT
Sesama kita biar berpada
Terkhilaf dan Muhasabah
Hatta ulama ada khilafnya
Inikan kita sesama manusia
Yakin itu iktikad
Suruhan itu tuntutan
Hakikat Makrifat Insan
Makrifat kita redha kerananya
Makrifat diri itu ikhlas
Tiada sempurna tanpa zahir-Nya
Kita sama disisinya
Baik buruk Dia yang tentukan.