Thursday, 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439



Firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."[al-Baqarah : 218 ]


Alhamdulillah, segala puji adalah milik-Nya. Syukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bertemu tahun baru 1439H. Pastinya dengan kesempatan ini menuntut kita melakukan muhasabah dan seterusnya melunaskan tanggung jawab dan pengorbanan kepada Islam dan umatnya. Hayatilah semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh jujungan mulia dan para sahabat baginda yang setia.

Salam Maal Hijrah 1439 . Moga tahun baru ini membawa keberkatan dan semangat yang lebih gigih untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.


Kata Imam Abu Hurairah ra.

"Setiap kalinya datang tahun baru.
Membuat daku risau dan resah selalu,
Kerana makin singkat umurku, 
Semakin dekat ajalku
Semakin tipis pengampunan Allah terhadapku,
Dan semakin dekatnya hari perhitunganku."


Allahu al-Musta'an......








Allah swt berfirman  yang bermaksud :

"Dan orang -orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia." [ al-Hajj :58 ]


Hijrah adalah satu tuntutan yang besar nilainya disisi Islam. Allah sendiri memerintahkan Rasulullah saw berhijrah pada saat sukar bagi baginda mendirikan negara Islam pertama. Para sahabat juga berhirah setelah mendapat restu Rasullah saw. Tetapi bukanlah sesuatu yang mudah untuk berhijrah.

Makna hijrah ialah meninggalkan kepentingan, mengorbankan harta dan menyelamatkan diri. Ia dilakukan dengan kesedaran bahawa diri mereka mungkin terbunuh atau dirompak pada awal mahupun pada akhir perjalanan. Demikian pula kesedaran bahawa diri mereka berjalan menuju masa hadapan yang belum pasti, sedangkan mereka tidak tahu apa yang akan menerpa mereka kemudian hari.


Hari ini juga kita digesa agar berhijrah. Tetapi hijrah kita bukanlah meninggalkan tanah tumpah menuju ke suatu tempat asing. Selepas pembukaan kota Mekah tidak lagi dianjurkan berhijrah sebagaimana hadis Rasulullah saw  :

Daripada Ibn'Abbas ra. katanya : sabda Rasulullah saw  :
"Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah." [ Riwayat al- Bukhari 1986M : 3/1025 ]


Hijrah yang mesti berlaku dikalangan orang Islam pada hari ini ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.


Benar, memang sukar untuk berhijrah. Namun tiada alasan untuk kita berkata tidak mampu melakukan yang terbaik. Keinginan dan keyakinan faktor kejayaan disamping doa dan tawakal kepada Allah. Penghijrahan bukan membabitkan soal perubahan semata-mata tapi soal jati diri dalam kehidupan. Kepayahan yang dihadapi adalah kemanisan dan kebahagiaan di masa hadapan. Alangkah bahagianya mereka yang dapat mengecapi kemanisannya.


"Pesan Imam al-Ghazali diantara cara untuk mengawal hawa nafsu  ada tiga iaitu duduk di dalam majlis ilmu, merapati para alim ulama dan berpakaian cara Islam."



~kembara mencari hamba.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...