Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Tuesday, 7 November 2017
BAGAIMANA IMAN BOLEH SEMPURNA
Iman boleh bertambah dan berkurang. Boleh bertambah dengan ketaatan dan boleh berkurang dengan maksiat.
Kalau kita bertanya bahawasanya apakah itu iman? Iman itu adalah percaya di dalam hati, mengungkap melalui lisan. Percaya di dalam hati tiada Tuhan yang selain Allah. Terungkap melalui lisan, mengucap, meyakini apa yang bersemadi di dalam hati. Di ucapkan melalui lisan dan diterjemahkan melalui perbuatan.
Ini adalah hakikat iman. Bila mana kurang daripada tiga perkara ini iaitu percaya ataupun keyakinan di dalam hati, diungkap melalui lisan dan diterjemahkan melalui perbuatan. Keyakinan di dalam hati ada tapi tiada di dalam perbuatan maka tak sempurna imannya. Bukan tak punyai iman tapi tak sempurna iman. Imannya ada tapi tak sempurna.
Bagaimana iman boleh sempurna? Dengan amal. Oleh kerana amal itu bahagian penyempurnaan daripada iman maka Imam Al-Bukhari r.a. meletakkan jihad itu iman, puasa itu iman, solat sunat di bulan ramadhan itu bahagian daripada iman dan lain-lain. Ini adalah menyentuh daripada amal-amal ibadah zahir. Dan juga bahagian daripada amal ibadah yang dapat menyempurnakan iman adalah amal ibadah batin atau amal ibadah hati.
Apakah amal ibadah hati? Iaitu bilamana amal ibadah yang dilakukan oleh tubuh badan itu dilakukan dengan ikhlas maka ikhlas itu yang merupakan kerja hati. Amalan hati juga merupakan bahagian daripada iman.
Oleh itu, perlunya kita menjaga hati di dalam amal beribadah. Amal zahir belum mencukupi kalau tidak dihiasi dengan keikhlasan pada amal yang zahir tersebut. Barulah nilai amal itu berkualiti bila ada keikhlasan di dalamnya.
Imam Al-Ghazali r.a. menggambarkan tentang orang yang beribadah tanpa ikhlas umpama orang yang memberikan hadiah kepada sultan yang mana kekemasan hadiahnya, kecantikan, kekemasan bungkusan hadiah itu jangan cakap memang cantik. Akan tetapi, isi di dalam kotak itu adalah bangkai.
Oleh kerana demikian, pentingnya seseorang itu dalam beramal yang amal itu bahagian daripada menyempurnakan iman jangan sunyi amal itu daripada ikhlas. Jangan mimpi banyak amal yang kita buat tanpa ikhlas amal itu akan mendatangkan manfaat pada kita.
~ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...