Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Wednesday, 8 November 2017
CETUSAN RASA
Sememangnya kehidupan manusia dan ujian sesuatu yang yang tidak dapat dipisahkan. Adalah mustahil seorang manusia hidup tanpa menemui ujian dan dugaan. Apabila ia bergelar manusia maka ia tidak dapat lari daripadanya. Dunia ini sendiri juga adalah tempat ujian dan dugaan.
Allah memberi ujian kepada manusia dengan ujian yang berbagai-bagai sifatnya. Bukan hanya kesusahan, kesakitan maupun penderitaan dianggap ujian. Malahan kesenangan, kekayaan, harta benda, kesihatan yang baik juga adalah ujian.
Ujian walau apa pun keadaannya, besar atau kecil, ringan atau berat, bukanlah menjadi persoalan. Apa yang penting ialah cara kita memandang ujian tersebut. Lain orang berbeza cara pandang dan letaknya. Ada orang yang diuji dengan sesuatu ujian tapi ia melihat ujian yang dihadapinya itu kecil sahaja, sedangkan ujian yang sama boleh menjadi besar dan berat bagi sesetengah yang lain.
Sesuatu yang harus kita lihat bahawa ujian Allah adalah untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran manusia dalam menjalani kehidupan ini. Ujian sekali gus mendidik agar sentiasa bertenang dan sabar serta mengenali kemampuan diri. Apatah seorang yang mengaku benar-benar beriman kepada Allah s.w.t., maka ia perlu mengakui dan menerimanya dengan sikap beriman kepada qada dan qadar yang telah ditentukan.
Berkata Ibnu Mas'ud: "Demi Allah tiada seorang yang baik sangka terhadap Allah, melainkan pasti Allah akan memberikan kepadanya apa yang ia sangka, sebab kebaikan itu semuanya di tangan Allah. Maka apabila Allah telah memberi husnu-dzan, bererti Allah akan memberi apa yang disangkanya itu. Maka Allah yang memberi husnu-dzan bererti akan melaksanakannya.."
Firman Allah swt.
"Mungkin kamu enggan (tidak menyukai) sesuatu, sedang Allah telah menjadikan pada apa yang tidak engkau sukai itu kebaikan yang sebanyak-banyaknya."[An Nisaa : 19]
Sentiasa bersangka baik pada-Nya.
~ abuikhwan
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...