SENANGNYA PEROLEH 300 PAHALA KETIKA BERJALAN....
Berbezanya ucapan Assalamualaikum dengan ucapan good morning, namaste dan yang lain. Apabila anda berjalan dan mengucapkannya kepada orang yang anda berselisih, anda akan memperoleh 10 kebaikan.
Jika anda menyambung dengan 'warahmatullah', anda akan memperoleh 20 kebaikan, dan jika menyambungnya lagi dengan 'wabarakatuh', 300 kebaikan akan dicatatkan dalam buku catatan amalan anda. Subhanallah, mengapa bukan 30?
30 kebaikan dijanjikan dengan salam yang lengkap dan bagi setiap kebaikan, 10 kali gandaan turut dijanjikan. Oleh itu, kira-kiranya begini :
30 kali 10 = 300 kebaikan
Cuba bayangkan, kalau sehari anda memberi salam kepada 10 orang, sama ada anda kenal atau tidak. Dan ucapan salam anda itu lengkap 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', berapakah kebaikan yang anda peroleh?
30 kali 10 = 300 kali 10 = 3000 kebaikan
Itu baru sehari. Jika sebulan, setahun, 10 tahun? Subhanallah ! Tanpa perlu berwuduk atau syarat lain, mudah-mudah sahaja kita mengaut kebaikan. Itu pun kita tidak mahu?
DALIL
Seorang lelaki datang kepada Nabi dan mengucapkan: "Assalamualaikum"
Nabi menjawabnya dan bersabda: "10 kebaikan"
Kemudian datang orang yang lain kepada Nabi lalu mengucapkan: "Assalamualaikum warahmatullah."
Nabi menjawabnya dan bersabda: " 20 kebaikan."
Kemudian seorang lagi datang kepada Nabi dan mengucapkan: "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Nabi menjawabnya dan bersabda: "30 kebaikan"
[Riwayat Abu Dawud]