Apabila seorang professor bertanya mengenai 'mee time' yang dimiliki oleh kawan-kawan saya, saya rasa beruntung mempunyai masa me-time yang seimbang dengan pekerjaan saya, dalam kehidupan saya.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'me-time' ?
Ia bukanlah masa untuk kita makan mee goreng atau berbagai mee jenis lain. Ia merujuk kepada jumlah masa yang kita peruntukkan untuk diri kita sendiri.
Masa yang khas untuk diri kita secara total. Bukan masa untuk kita perhambakan diri untuk kerja, suami/isteri atau untuk anak-anak kita. Maksud saya lagi masa yang total untuk kita. Saya ulangi total.
Pentingkah masa 'Me Time' ini?
Ya, Allah penting sangat. Masa inilah kita dapat redakan segala tekanan dan 'restore' balik tenaga kita. Ia baik untuk fizikal dan emosi kita. Badan dan minda kita, kita mesti jaga.
Jika kita tiada 'me time', kita stress dan jangkitan stress ini pada orang lain. Di tempat kerja misalnya kita sering menekan kawan kita [yang boleh buat kerja] semata-mata kita tertekan. Kita jadi pentingkan diri dan membuatkan kawan-kawan kita 'left group'...
Kita juga mungkin menekan pasangan dan anak-anak kita secara tidak sedar.
Macam mana nak cari 'me time' ?
Ada kawan saya beritahu waktu tidur sahaja masa 'me time' beliau. Maknanya seharian dia berkhidmat untuk kerja dan keluarga beliau. Ini sifat terpuji, tetapi tentulah tidak baik untuk tubuh badan dan mindanya di kemudian hari.
'Me time' waktu ini kitalah mewujudkannya ! Sebab itulah orang dulu-dulu ada hobi mengumpul setem dan duit lama. Bila kita dengar, kita gelak sebab kononnya ketinggalan zaman. Pada hal kitalah yang bodohnya sebab tidak tahu mereka itu ada 'me time' untuk diri sendiri.
Kita kena wujudkan 'me -time' kita sendiri. Kita mungkin perlukan hobi. Hobi salah satu elemen yang boleh menyembuhkan diri kita. Secara minda dan fizikal.
Setiap orang perlu mempunyai 'me time' mereka sendiri.
Apa bezanya 'me time' dengan work life beleng?
'Me time' ini ada terkandung dalam 'work life balance'. Maknanya kalau kita nak dapatkan 'work life balance pun sukar, jangan haraplah nak dapatkan 'me time'. Haaa. Ibarat 'work life balance' tu capter. 'Me time' tu 'sub-capter'. Haaaa.
'Me time' ini tidak ada kena mengena dengan jantina, bangsa, agama , negara, taraf pendidikan atau apa-apa yang disekeliling. Maksud saya kalau kita berpelajaran dan jadi bos tak menjamin kita punyai 'me time' jika kita tidak wujudkannya. Dan walau kita buruh kasar yang tua, gemuk (tidak diet), tak berpelajaran dan sunyi, kita tetap ada 'me time' kalau kita mahu mewujudkannya. Haaa...
~jankaulu