Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Sunday, 5 November 2017
BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN ORANG YANG MENGAJAR KAMU KENAL KEPADA ALLAH
Diantara nikmat yang paling terbesar diberikan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang adalah bilamana
Allah memberikan kamu seseorang yang boleh menunjukkan akan cinta-Nya.
Para 'Ariffin' mengatakan "Untuk mengenal pada Wali Allah itu jauh lebih susah daripada kamu mengenal kepada Allah s.w.t. ." Kenapa? Kerana sesungguhnya untuk mengenal kepada Allah, kamu boleh melihat kebesaran Allah, ciptaan Allah di dunia ini baik itu makhluk-makhluk ciptaan-Nya, keindahan Allah sehingga kamu boleh mengetahui Allah itu bagaimana.
Akan tetapi, untuk kamu mengenal Wali Allah itu paling susah sekali kerana sesungguhnya kerana hari ini ramai orang yang mengaku dirinya adalah Wali kerana banyak sekali orang yang zahirnya menyerupai daripada kewalian Para Wali baik itu penampilannya, pakaiannya, percakapannya dan sebagainya.
Kalau Allah s.w.t. inginkan kebaikan kepada kamu, kamu akan diberikan oleh Allah s.w.t. petunjuk sehingga kamu berjumpa dan dekat dengan orang yang boleh mengajarkan kamu cinta kepada Allah s.w.t.. Kalau kamu sudah mendapatkan salah seorang diantara mereka, maka jangan sampai kamu tinggalkan, jangan kamu lepaskan, berpegang teguhlah dengan orang tersebut.
[Syeikh Feras Salou Ad Dimasyqi Hafidzohullah]
MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN.
Jadilah kamu sepertimana sahabat Nabi s.a.w yang mana suka betul kepada kebaikan iaitu Saidina Zaid Al Khair r.a. yang sangat suka kepada kebaikan.
Sehingga Nabi s.a.w. mengatakan "Macamana kamu berpagi-pagi wahai Zaid?" Beliau mengatakan "Aku ini wahai Rasulullah suka betul kepada kebaikan dan aku suka berbuat baik dan aku sedih kalau tak boleh buat baik. Aku suka kepada orang yang buat baik dan aku suka bersama dengan orang yang berbuat baik."
Semua dia suka kepada yang baik sehingga Nabi s.a.w. mengatakan "Engkau adalah orang yang baik." Sehingga digelarkan daripada Zaid yang suka kepada kuda kepada Zaid yang suka kepada kebaikan.
Macam itulah kita ini. Letakkan diri kita ini kepada yang makruf yang kenal kepada kebaikan. Macam mana kita nak kenal kepada kebaikan? Iaitu kita selalu berbuat kebaikan dan duduk dengan orang yang baik dan juga cinta sesuatu yang baik. Kita kena jadi macam itu kalau tidak zaman kita ini, dunia akan menghanyutkan kita.
Kita sering tanya macam mana kita nak menggembirakan kepada Baginda Rasulullah s.a.w.? Jawapannya adalah dengan kita selalu mengajak orang lain kepada kebaikan dan meneruskan kerja Rasulullah s.a.w. iaitu dengan berdakwah.
[Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered Hafidzohullah]
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...