Wednesday, 8 November 2017

TIPS MELEGAKAN KESEDIHAN/SUSAH



Daripada Anas bin Malik, apabila Nabi ditimpa sesuatu bencana atau malapetaka maka Baginda membaca, "Yaa hayyu qayyum. Birahmatika Astaghist" maksudnya "Wahai Allah Yang Maha Hidup lagi erdiri dengan sendiri dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan."


Menangislah sepuas-puasnya untuk melepaskan kesedihan. Sebab itu di dalam Islam jika ada masalah kita disuruh berkongsi dengan orang yang boleh dipercayai. Luahkan apa yang terbuku di hati dengan tangisan kerana ia mampu meringankan beban. Sebab itulah orang perempuan lebih panjang umurnya dan jarang sakit jantung kerana air matanya. Dari air mata itu dilepaskan tekanan.


Rasulullah s.a.w. juga ucapkan "Lailahaillallah"  untuk meredakan kesedihan. 


Solat hajat agar Allah redakan kesedihan.

Selalu Nabi nasihatkan kepada orang yang sedang bersedih, "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.


Rasulullah s.a.w. selalu membaca doa ini ketika susah, "Laa ilaaha illallahul azhimul halim, laa ilaaha illallahu rabbul arsyil azhim, laa illaaha illallahu rabbussamaawaati wa rabbul ardhi, wa rabbul arsyil karim" [Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tidak ada Tuhan selain Tuhan Arasy yang agung. Tidak ada Tuhan selain Allah. Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia.]


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...