LATIH MINDA MELUPAKAN KENANGAN PAHIT
Mengaku saja jika sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.
Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.
Mungkin tidak dapat melupakan kesemua memori pahit sekali gus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan displin diri.
BUANG SIKAP RISAU
Ada dua kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa dipinta. Kedua memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Risau membuat selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri dengan mengawali emosi.
BELAJAR RAJIN BERSYUKUR
Ucap syukur pada semua yang kita ada. Misalnya ucap syukur kerana masih ada lima deria yang lengkap. Masih boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Dan ada kawan rapat yang memahami....
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
BELAJAR MENJADI PEMAAF
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif ( takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati)
Seterusnya meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Selalu rasa sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri sendiri di masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.
Mungkin juga sukar menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita yang membuat rasa sedih, kecewa dan geram. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang dalam diri...
~ sumber