JAMBATAN CINTA
Di Paris terdapat sebuah jambatan yang dipenuhi dengan kunci mangga yang penuh dengan tulisan dan ayat-ayat cinta dari pasangan kekasih yang sedang hot bercinta. Fenomena 'mangga cinta' ini mula terbit sekitar tahun 2000. Sebab musabab kenapa fenomena ini mula terbit tidaklah diketahui. Namun begitu, menurut penduduk bandar jiran paris iaitu Rome, fenomena ini mungkin berasal daripada mangga cinta yang dipasang pada sebuah jambatan bernama Ponte Milvio. Mangga ini bukan dipasang pada jambatan ini pada realitinya, tetapi ianya dipasang dalam sebuah novel cinta yang diberi nama "Three Meters Above The Sky" daripada penulis Itali yang bernama Federico Moccia.