Hasan al-Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: "Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang."
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu Allah Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku dalam maksiat.
Aku tahu kematian itu sudah menungguku kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.
Sahabatku,
Jangan tertipu dengan usia mudamu kerana syarat mati tidak harus tua.
Jangan terpedaya dengan dengan tubuh yang sihat kerana syarat mati tidak mesti sakit.
Jangan terpedaya dengan harta kekayaan. Sebab sikaya pun tidak pernah menyiapkan kain kafan buat dirinya meski cuma selembar.
Mari terus berbuat baik, berniat untuk baik, berkata-kata yang baik, memberi nasihat yang baik meskipun tidak ramai orang yang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihatmu.
Cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada orang lain.
Jadilah bagai jantung tidak terlihat, tapi terus berdenyut setiap saat sehingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh-Nya.
Sahabatku,
Waktu yang kusesali ialah jika pagi hingga matahari terbenam,amalku tidak bertambah sedikit pun, pada hal aku tahu saat ini umurku berkurang. [Ibnu Mas'ud r.a.]
Sumber semangat untuk terus melakukan kebaikan.
Kita belajar daripada suasana yang sangat membantu kepada seseorang itu melakukan kebaikan. Melihat keghairahan dan semangat yang ada baik itu semangat untuk berjemaah, semangat untuk bersedekah, semangat untuk melakukan ibadah, semangat untuk melakukan kebaikan. Melihat kepada faktor semangat ini iaitu merupakan suatu yang cukup bernilai.
Akan tetapi, sekiranya semangat itu hanya diletakkan pada keadaan yang khusus. keadaan yang tertentu, maka sesungguhnya seseorang itu adalah orang yang rugi. Sepatutnya dikekalkan semangat itu sebagaimana kita hadir ke dalam majlis ilmu ini. Salah satu hikmahnya adalah untuk memberikan semangat kepada kita untuk melakukan kebaikan-kebaikan.
Oleh kerana itu, Para Sahabat Radhiyallahu ' Anhumma Ajmain. Mereka apabila merasakan mereka kurang semangat maka mereka akan cepat-cepat bertemu dengan Nabi s.a.w. walhimmah mereka meminta untuk dibacakan Al-Quran ataupun mereka melihat kepada Nabi s.a.w. itu akan meningkatkan keinginan, kesungguhan mereka untuk melakukan kebaikan.
Oleh kerana itu, kita perlu untuk mencari sumber-sumber semangat untuk terus kita bersemangat untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan inilah yang sebenarnya dinilai oleh Allah sehingga Allah mengatakan "Tidaklah kamu melakukan satu-satu kebaikan pun kecuali Allah dengan kebaikan itu Allah Maha Mengetahuinya."
Diketahui oleh Allah bukan bermakna sekadar diketahui kerana Allah itu Asy-Syakur yakni Yang Maha Mensyukuri dan Allah ketika mana mengetahui akan hamba-Nya melakukan kebaikan pasti akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah s.w.t. kerana Allah itu Maha Pemberi Kurnia, Maha Pemberi Allah s.w.t.
Oleh kerana itu, perlunya kita mencari tempat yang memberikan semangat kepada diri kita. Diantaranya adalah majlis ilmu, majlis ta'lim, majlis zikir dan selawat.
[Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered Hafidzohullah]