Siapa yang banyak tertawa, akan jatuh wibawanya. Siapa yang banyak bercanda, akan dipandang hina. Siapa yang banyak melakukan sesuatu, akan dikenal dengannya. Siapa yang banyak berbicara, akan banyak kesalahannya, akan sedikit rasa malunya. Siapa yang sedikit rasa malunya, akan sedikit wara' nya, dan siapa yang sedikit wara' nya, hatinya akan mati.
~Kalam Sayyidina Umar al-Khattab~
Apabila engkau terlanjur berbuat dosa, maka jangan engkau berputus asa dalam menggapai istiqamah kepada Rabbmu, kerana boleh jadi itulah dosa yang terakhir yang ditakdirkan bagimu.
~Al-Imam Syeikh Ibnu Atha'illah As Sakandari~
Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu.
Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan.
~Al-Arifbillah Asy-Syeikh Ibn- Atho'illah As-Sakandari~
Nafasmu jika tidak engkau sibukkan dengan kebenaran (haq),
Nescaya akan menyibukkanmu dengan kebatilan.
~Kalam Sufi~
Jika kamu melihat seseorang, yang seakan-akan membawa kebenaran, akan tetapi dia mencela dan juga menghina.
Ketahuilah ada kecacatan ke atas niatnya. Jauhilah dia, kerana kebenaran bukan dibawa dengan jalan mencela.
~Imam Malik~
Jika engkau boleh jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak boleh menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau membenci mereka.
~Umar bin Abdul Aziz~