Thursday, 25 August 2016

MUTIARA KATA


# Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dari-Nya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.


# Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.
Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.


# Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu.


# Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada dimulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.



# Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik.


# Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.


# Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita.


# Tingkah laku adalah  umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya.


   
                                       

# Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu sepanjang hidup dan usiamu, jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan ....jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan....buat pedoman.


# Jangan berbangga dengan pujian teman kerana disebalik  pujian terdapat satu kejian.


# Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu-batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.


# Seandai kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...