Mengapa manusia melakukan dosa?
Padahal dosa itu meresahkan hatinya.
Para ulama memberikan tiga alasan yang utama:
1. Tidak yakin kepada Allah.
2. Tidak yakin akan adanya hari akhirat.
3. Terlalu cinta kepada diri, lalu mengabaikan orang lain.
Soalnya mengapa orang Islam pun masih tegar melakukan dosa?
Ya, jawapannya kerana kita hanya percaya, tetapi tidak yakin kepada Allah dan hari akhirat. Jika ditanya, apa bezanya antara percaya dengan yakin? Terlalu jauh bezanya.
Percaya itu di akal. Ia dimiliki oleh pemikiran hasil belajar. Manakala yakin itu di hati. Ia dimiliki melalui jalan tarbiah dan mujahadah.
Cara mengecilkan ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya.
Sangka baik dalam hati akan memperbaiki apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal.
Percayalah hati kita umpama bumi, kadang kering kontang panasnya membahang.
Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang.
Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.
Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang seli rasa umpama pengiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara.
Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar, muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati.
Kata orang arif itulah, permulaan syurga.