Tuesday, 15 August 2017

KHATAM 4 KALI AL-QURAN DALAM SEMINIT



Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa bacaan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran. Jika seseorang membacanya  sebanyak tiga kali, dia memperolehi pahala seperti membaca keseluruhan al-Quran.

Bayangkanlah dalam satu minit, jika kita boleh membaca surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali, maka pahalanya bersamaan dengan membaca al-Quran empat kali khatam.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Demi zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, sesungguhnya surah itu (ia itu surah al-Ikhlas ) setara dengan satu pertiga al-Quran." (Riwayat al-Bukhari )

Disebutkan dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda, "Adakah salah seorang daripada kalian tidak mampu membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam?"

Para sahabat bertanya, "Siapakah dalam kalangan kami yang mampu melakukan sedemikian, wahai Rasulullah?"

Baginda pun memberitahu kepada sahabat bahawa satu bacaan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran. ( Riwayat Muslim )

Bagaimana kita konsisten membaca surah al-Ikhlas ini? Tidak perlu lama-lama. Hanya memperuntukkan seminit dalam sehari.


Bacaan .... Sehari ganjaran pahala seperti khatam 4 kali al-Quran.

Bacaan .... Seminggu ganjaran pahala seperti 28 kali khatam al-Quran.

Bacaan .... Sebulan ganjaran pahala seperti 120 kali khatam al-Quran.

Bacaan .... Setahun ganjaran pahala seperti 1460 kali khatam al-Quran.


SUBHANALLAH, hanya dengan meluangkan masa seminit, kita mendapat pahala yang menggunung banyaknya!



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...