TIDAK HAIRAN LAGI
Terdapat perkara menarik dalam surah al-Ghasyiyah yang boleh dijadikan bahan fikir manusia. Ayat 17 hingga 20 dalam surah ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah meminta kita melihat bukti kekuasaan dan kehebatan-Nya melalui beberapa perkara.
Empat ayat ini boleh diekstrak seperti berikut:
1. OBJEK: Bagaimana unta dicipta?
FIKIR: Seekor haiwan yang tahan panas, tahan lapar dan dahaga serta mampu memikul beban barangan yang berat.
RASIONAL: Kaum Musyrikin sinonim kehidupan mereka dengan unta.

2. OBJEK: Bagaimana langit ditinggikan?
FIKIR: Ciptaan ini langsung tidak retak, bahkan dicipta tanpa tiang.
RASIONAL: Langit antara yang pernah disembah oleh masyarakat jahiliah suatu ketika duhulu.

3. OBJEK: Bagaimana gunung-ganang ditegakkan
FIKIR: Mustahil untuk gunung-ganang berdiri tegap melainkan Sang Pembuatnya hebat
RASIONAL: Gunung antara benda yang boleh membuat seseorang berada kagum.

4. OBJEK: Bagaimana bumi dihamparkan
FIKIR: Supaya kita lihat manfaat yang kita ambil dari bumi yang terbentang luas ini ada Sang Pemiliknya.
RASIONAL: Manusia mengambil segala hasil juga kandungan yang ada di perut bumi.

Begitulah ibarat yang para ulama juga sarjana menyebut: "Kehebatan sesuatu makhluk menunjukkan kehebatan Sang Pencipta."
Jadi janganlah kita berjalan sombong dan bongkak di bumi yang bukan milik kita kerana Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa berhak menarik semula segala nikmat yang dikurniakan-Nya.
`~sumber majalah solusi.