Monday, 4 March 2019

KAITAN USAHA DENGAN QADAK DAN QADAR



Bertitik tolak daripada ketetapan qadak dan qadar Allah swt, terdapat manusia yang mempersoalkan  mengapa berlaku perkara yang buruk dalam hidup seseorang? Mereka menyangka orang yang miskin itu memang ditakdirkan oleh Alla swt sebagai tidak bernasib baik.

Kefahaman begini hendaklah dibetulkan kerana boleh merosakkan akidah manusia. Hakikatnya, segala kejadian yang ditetapkan Allah swt itu ada hikmah disebaliknya. Antara hikmah tersebut ialah:

1.  Bernasib baik dengan tujuan untuk menguji manusia itu sendiri.

2.  Bernasib susah adalah tujuan untuk menguji sejauh manakah dia dapat bersabar dalam ujian yang berlaku ke atasnya.


Uthman bin Hunaif menceritakan kisah seorang lelaki buta yang datang bertemu Rasulullah saw, katanya: "Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa untukku agar Dia memberi keafiatan untukku [dikembalikan mataku ini]."

Baginda menjawab: "Kalau engkau mahu, aku boleh doakan [agar kamu disembuhkan] Dan sekiranya engkau mahu, engkau terus bersabar, maka [sabar] adalah lebih baik bagimu."

Ujar lelaki itu lagi: "Doakanlah ia."  

Lalu Rasulullah saw supaya berwuduk dan menyempurnakan wuduknya [kemudian kerjakanlah solat sunat dua rakaat]. Setetrusnya berdoa dengan doa ini. "Wahai Tuhanku! Aku memohon kepadamu dan bertawajuh kepada-Mu dengan berkat Nabi-Mu saw. Aku menghadap kepada Tuhanku dengan berkatmu, agar ditunaikan hajatku [dikembalikan penglihatanku]. Wahai Allah, terimalah syafaatnya untukku."

Kemudian lelaki itu kembali ke rumah dalam keadaan penglihatannya sudah pulih seperti biasa. (Riwayat al-Tirmizi)

Allah mentakdirkan sesuatu ujian menimpa hamba-Nya kerana Dia ingin memberikan ganjaran dalam bentuk pahala seperti yang dijanjikan oleh Nabi saw dalam hadis di atas. Selain itu ujian yang menimpa juga adalah untuk menghapuskan dosa.

Dalam Islam tiada konsep sial, melainkan kejadian buruk itu berpunca daripada tindakan manusia itu sendiri. Manusia yang berusaha dengan mengambil kira ketetapan Allah mengikut kanun sebab dan akibat, In shaa Allah akan berhasil mencapai apa-apa yang dihajatinya.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang gigih berusaha mengikut rentak belajar yang sebenar, In shaa Allah akan berjaya dalam peperiksaannya. Seseorang yang bertungkus lumus dan tabah mengusahakan perniagaan, In shaa Allah akan menemui kejayaan.

~sumber majalah solusi

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...