Kehidupan di dunia
Kadang kala indah bagai bulan purnama
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana
Hati yang berdetik
Namun mulut tetap terkunci
Tidak mampu melafazkan
Yang tersurat di hati
Kerana jendela bibir terkunci rapi
Jiwa meratap pedih
Perasaan menagih kasih
Orang yang dinanti
Datang bagaikan mimpi
Hinanya diri
Diperlakukan sebegini
Bagai tiada erti
Umpama hilang perasaan hati
Termenungku seketika
Dilamun mimpi hayalan yang tak sudah
Diri masih tertanya-tanya
Ke mana hilangnya kemanisan di dunia
Kunci yang dicari
Hilang tetap tidak ditemui
Kaki yang melangkah ke depan
Tiba-tiba tersisir ke belakang
Bagai hidup tiada penghujung
Umpama bunga hilang wanginya
Ibarat daun tiada hijaunya
Dunia yang berputar
Namun kaki tidak terlangkah
Masa yang berlari
Namun jiwa masih terhenti
Umapama memijak di awangan
Bagai berlari di kayangan
Ibarat ada dalam tiada
Dicapai tapi tak terasa
Digenggam namun terlepas jua
Ibarat diri bayang-bayang
Yang berpijak di bumi nyata
Diri tinggal tanda tanya
Beginikah dunia?
Yang selama ini dikejar
Namun tak pernah ditemui
Beginikah hidup?
Yang selama ini diterokai
Namun masih menjadi misteri
Apa yang harus diganti
Yang pergi tak akan ada lagi
Yang wujud bakal tiba pengganti
Yang tinggal tetap jua kembali
Misterinya kehidupan
Makin ditanya
Makin banyak persoalan
Makin diteroka
Makin banyak rahsia
Apa yang dikata
Telah lama tersirat di jiwa
Apa yang dicari
telah lama ditemui
apa yang dibenci
sebenarnya paling disayangi
itulah
kenyataan diri
kebenaran yang ditemui
sengaja disembunyi
lagi dicari
Cinta
ibarat lautan terbentang
semakin cuba diselami
semakin dalam hati merasai
semakin banyak yang dijumpai
kasihnya tiada ganti
tidak juga berbelah bagi
Lelaki
Sungguh sukar difahami
Ibarat hujan di padang pasir
Bagai gelora di hujung muara
Kadang kala datang tanpa diduga
Tiba-tiba pergi tanpa disangka
Inikah ironinya?
Peribadinya lelaki
Diibarat seumpama perdana
Kelakuan tiada beza
Apa yang dituju juga serupa
Wanita sahaja yang tergila-gila
Bagai terjumpa air di padang pasir
Hendak dijamah risau kehabisan
Tidak dirasa diri pula kehausan
Keluhan kesal
sering menghantui diri
tidak mengerti
ke mana kaki melangkah pergi
Pandangan jauh ke depan
namun sering tersasar dipersimpangan
hati yang berbisik
namun jiwa tidak berdetik
segaja diabaikan risiko di depan
kerana kebahagiaan yang dijanjikan
Perjuangan diri masih di persimpangan
musuh sekeliling sorak kegembiraan
tatkala diri tersungkur dari batasan
manusia serupa
namun pemikiran yang berbeza
jalan yang dilalui
terasa bagai berduri
bila diri tidak lagi dihargai
Kaki yang melangkah
terasa beratnya
otak yang mengkaji
berhenti keletihan
apa lagi yang terlepas dari pandangan?
Hijaunya bumi
Tidak dapat meyejukkan
Birunya laut
masih lagi tidak dapat menenangkan
gunung-ganang yang tersergam
gagal membangkitkan
sawah ladang yang terbentang
tetap jua menghalang pandangan
apa maknanya semua ini
naluri hati telah tersimpul mati
hendak ditanya
namun pada siapa
ingin dijawab
tiada pula soalannya
bingungnya diri
ke kiri tidak
ke kanan jauh sekali
ke depan terhenti
berundur ke belakang
tiada erti
betul katanya..
di depan ada yang menunggu
namun simpang mana yang harus ku tuju?
Diri terasa sunyi
Takut mengikut kata hati
Risau tersungkur lagi
Berilah kupeluang
Seketika ini
Izinkan diri
menemui apa yang dicari
risau tidak berkesempatan
dilain kali
Deruan ombak di pantai
kadang kala membingitkan
angin yang menderu
terasa seperti ada yang menyeru
adakah ini petanda pada sesuatu?
Diri ini keletihan
Tanda noktah yang dihajatkan
Namun tanda soal yang diketemukan
Di mana pengakhiran sebuah persoalan
Kenyataan yang dicari
Dari awal diri mempercayai
Ia bakal memberi kesan yang pahit dalam diri
Bagaimanapun kenyataan harus dihadapi
Walau pahit ranjau berduri
Berilah pengakhiran pada semua ini
Wujudkanlah kesempatan
Agar dapat menjernihkan keadaan
Supaya tidak terhimpit penyesalan
Semoga semua persoalan
Dijawab dengan sebuah kemenangan
Agar jiwa merasa tenang di masa depan
Kumohon
Insan disisi
Menghargai perasaan hati
Melindungi diri ini
Menjaga sehingga nafas terakhir
Semoga pertemuan ini
Memberi ku nafas kembali
Ku berjanji
Dirimu tak akan ku khianati
Dan ku mengharap
Dirimu memahami perasaan ini
Menunaikan janji yang kau lafazsi
Ku berdoa hubungan ini terpatri
Dua jiwa menjadi satu hati
Pada saat izin berwali
Tika ijab bersaksi
Hanya padamu ku menanti..
~nukilan zulika amira