Sunday, 10 March 2019

JAGA ALLAH, ALLAH PASTI JAGA KITA



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah [ajaran agama]: Jagalah Allah, [nescaya] Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah [nescaya]  kamu akan dapati Dia di hadapan kamu." (Riwayat al-Tirmizi)

Ini sebahagian daripada hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ibn Abbas. Ketika itu Ibu Abbas masih kecil  dikatakan berusia 10 tahun. Pesanan ini disampaikan kepada beliau semasa beliau menunggang unta dengan Rasulullah dan berada di belakang Rasulullah.

Apabila Rsulullah berpesan supaya "jaga Allah" maka boleh disimpulkan dalam dua poin penting berikut:

1.  Jaga dan jauhi... Batasan dan larangan yang Allah tetapkan.

2.  Tunai dan laksana... Hak dan suruhan yang Allah tetapkan.

Hadis di atas datang dalam bentuk bersyarat. Untuk mendapat jagaan Allah, syaratnya kita perlu terlebih dahulu menjaga Allah. Ini kerana balasan bagi apa-apa saja perbuatan mengikut perbuatan itu sendiri.

Batasan ibarat tembok yang tidak boleh dilanggar. Jika boleh digambarkan dalam bentuk kata-kata atau menolong, inilah antara yang termasuk dalam kategori menjaga batasan yang Allah tetapkan:

*  Ini semua Allah tidak benarkan, jadi aku tak akan lakukan.

*  Ini semua haram, aku akan jauhkan diri daripadanya.

*  Aku tidak akan menandatangani kontrak yang memang sah ada riba ini.

*  Aku tidak akan melakukan demikian kerana itu semua hanya memudaratkan diri sendiri dan insan lain.

*  Aku tidak akan lalai dengan ajakan syaitan dan nafsu.



~ Api yang panas tidak mampu membakar Nabi Ibrahim.

~ Lautan yang terbelah tidak menenggelamkan Nabi Musa.

~Pisau tidak melukakan leher Nabi Ismail, sebaliknya digantikan dengan kibas.

~ Ikan paus tidak memakan Nabi Yunus.

Mereka menjaga agama Allah, maka Allah menjaga mereka.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...