Tuesday, 11 July 2017

KERANA MALU...


Suatu hari ada seseorang mencela Ibn Sina kerana beliau tidak 
menghafaz al-Quran.
Setelah mendengar celaan itu, Ibn Sina pun menjadi sangat malu
dan marah.
Lalu beliau terdorong untuk menghafaz keseluruhan al-Quran.
Lebih mengujakan,
beliau berjaya melakukannya hanya dalam satu malam padahal,
sebelum itu beliau sekadar 
menghafal surah al-Fatihah, al-Falaq dan al-Nas.


Pengajaran
 Celaan memang pahit. Namun celaan yang diubah kepada positif
lebih bermanfaat daripada pujian yang kadangkala
membinasakan diri.
Bina minda yang sihat untuk menjadi insan yang lebih berkualiti.





MAMPU

Suatu hari Rasulullah bertemu dengan Sayidina Zaid bin Thabit yang
ketika itu baru sahaja berusia 11 tahun.

Pada masa tersebut, umat Islam baru saja berhijrah ke Madinah dan 
berjiran dengan bangsa Yahudi dan memerlukan
seseorang yang memahami bahasa Yahudi sebagai pengantara antara
kedua-dua pihak.

Meskipun masih muda, Baginda melihat Zaid memiliki potensi yang
sangat besar dalam bidang bahasa.

Rasulullah bersabda: "Wahai Zaid, pelajarilah untukku bahasa kaum 
Yahudi. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak berasa aman (yakin)
dengan Yahudi untuk menulis suratku." (Riwayat Ahmad)

Maka sahabat kecil ini segera melaksanakan perintah baginda.
Dengan tekun, beliau mempelajari bahasa Yahudi dalam
bentuk tulisan dan lisan. Hasilnya sungguh luar biasa.
Zaid mampu menguasai bahasa ini dalam masa yang singkat.

Zaid berkata: "Aku lalu mempelajari bahasa Yahudi. belum cukup
setengah bulan, aku telah menguasai bahasa ini.
Aku menulis bagi  Rasulullah apabila Baginda ingin menulis surat
kepada mereka."


Pengajaran

Muda bukanlah alasan untuk tidak melakukan apa-apa.
Sebaliknya masa muda islsh masa emas dalam 
kehidupan seseorang Muslim untuk membangun kemahiran diri.
Tambahan pula golongan belia aset umat Islam.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...