Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saturday, 21 July 2018
CETUSAN HATI
Bagi saya memperjuangkan atau mengikhlaskan bukanlah pilihan. Ini adalah dua sisi yang tak dapat dipisahkan. Kerana perjuangan tanpa keikhlasan hanya akan menyisakan sakit hati jika apa yang diharap tak sampai. Atau kebahagiaan semu jika harapan itu sampai. Sedang keikhlasan tanpa perjuangan bukanlah keikhlasan, tapi menyerah. Tanpa usaha untuk meraih apa yang diharap.
Jadi kita memilih untuk saling memperjuangkan diiringi dengan keikhlasan. Diniatkan kerana Allah, dan ditujukan untuk Allah.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Hidup di dunia hanya sebentar, hanya tempat berbekal pulang.Akhirat nanti tempat kita yang sebenarnya. Tugas kita sebagai hamba...
-
Imam Ghazali berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak ...
-
Malam itu Kak Fidah bertengkar dengan ibunya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompe...