Monday, 12 June 2017

SOLAT PATUK AYAM



Mencuri merupakan dosa besar yang diketahui ramai. Semua orang benci perbuatan tersebut. Namun betapa ramai orang yang membenci pencuri tapi dia sendiri pencuri. Ya, mencuri tanpa sedar iaitu mencari dalam solat.

Apakah yang dimaksudkan dengan mencuri dalam solat? Maksudnya tidak melakukan tamakninah dalam solat. Tamakninah ertinya diam sebentar ketika melakukan rukuk; iktidal, sujud duduk antara dua sujud dalam sembahyang. Solat dengan tenang, bukannya laju seperti sedang berlumba. Bak kata orang tua-tua, "solat patuk ayam."

Perbuatan itu merupakan dosa yang dipandang remeh oleh ramai orang. Rasulullah saw bersabda, "Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solatnya." Para sahabat bertanya bagaimana mencuri dalam solat. Lalu Baginda menjawab, "Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." [Riwayat Ahmad]

Tamakninah ialah rukun dalam solat. Seseorang yang meninggalkannya mala solatnya terbatal. Dalam sebuah hadis , Rasulullah saw  pernah melihat seorang lelaki solat dalam keadaan laju dan tergesa-gesa. Seusai solat, Baginda menegur lelaki tersebut dengan berkata, "Kembali dan solatlah semula kerana kerana sesungguhnya engkau masih belum solat." [Riwayat al Bukhari dan Muslim]



~ sumber majalah solusi~

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...