Friday, 28 October 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Rasa- satu kata sederhana yang selalu menanti di perjalanan setiap orang. Yang berhasil membuat setiap makhluk Tuhan terumbang ambing dalam keresahan. Jatuh terkilir kerana ketidakpastian.
Sakit hati kerana perpisahan. Retak hati kerana lelahnya pernantian.
Ternyata titik akhirnya tak sesuai harapan.

Tapi...
Sebahagian daripada mereka bahagia. Iaitu mereka yang tidak pernah goyah berlelah-lalah menunggu
yang telah pasti ditakdirkan Tuhan untuknya. Rasa yang telah lama terpendam akhirnya berlabuh pada tempat yang semestinya. Dalam ikatan yang direstui kedua orang tua.

Dalam jalinan cinta yang menyatukan tak sekadar dua jiwa, tapi dua buah keluarga. Maka berbahagia
lah untuk mereka....
selamat berbahagia.


- catatan sederhana.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...