Perjalanan ini mengingatkan aku kepada banyak kenangan.
Perjalanan ini membawa aku kepada nostalgia
yang basah diingatan.
Kembara ini menyuburkan rindu yang bertapak dalam jiwa.
Kembara ini memaknakan sebuah kehidupan hamba.
Dalam rindu ini aku merenung banyak takah-takah kehidupan.
Dalam rindu ini aku bermuhasabah sibuk
mencari bekalan.
Kadang-kala dalam kesibukan kita berjalan,kita terlupa apa yang
mahu kita catatkan.
Kita melihat dunia ini jauh ke hadapan,tanpa sedar banyak yang
telah kita tinggalkan.
Kita mencari erti dalam setiap langkah kaki, mengertikan abdi
di hadapan Ilahi.
Moga terungkap hakikat diri, mengapa aku didatangkan
di dunia ini.
seorang hamba.
- abuikhwan -