Himpunkan bekal dengan taqwa
kerana kamu tidak tahu.
Bila berlabuhnya malam
adakah akan sampai ke esok pagi.
Berapa ramai dari pemuda yang
pagi petang dalam tertawa ria.
Sedangkan kapannya sudah siap dijahit
namun dia sendiri tidak mengetahuinya.
Berapa ramai dari kanak-kanak
yang menyangka akan hidup lama.
Namun dalam jasadnya sudah
mempunyai kegelapan kubur (penyakit).
Berapa ramai dari orang sihat
yang mati tanpa sebarang penyakit.
Sedang masih ramai dari orang yang sakit
namun masih terus hidup untuk tempuh yang lama.
(Imam As-Syafie)