Tertarik pada satu petikan artikel
berkenaan rezeki.
dan pada masa yang sama..
teringat nasihat teman agar yakin akan rezeki-Nya..
sesungguhnya rezeki datang dari Allah jua..
Setiap antara kita yang diciptakan oleh Allah s.w.t. telah ditetapkan rezeki untuknya. Sejak di dalam kandungan ibunya lagi.
Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecil makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. di muka bumi ini.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud;
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang ke sarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."
Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki
daripada Allah s.w.t.
dan mereka mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
Dan sebagai orang yang beriman,
menjadikan kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan
hidup di atas muka bumi ini.
kerana Allah s.w.t. telah menjamin rezeki hamba-hambaNya...
- sumber cetusan minda.