Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan dari kita.
Selang beberapa tempuh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.Lalu kita pun meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh hingga bersih, kemudian barulah kita meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi... Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina......
Begitu jua halnya dengan Allah Taala ......
Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita...iaitu syurga.
Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga...
Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi....
Semoga Mendapat Pedoman.
- sumber cetusan minda -