Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saturday, 1 October 2016
KETENANGAN ITU PADA SEKEPING HATI
Ketenangan bukanlah bererti kita harus ada disuatu tempat, yang tiada kesibukan, tanpa keributan atau jauh dari kesulitan.
Ketenangan adalah hati yang damai, jauh dari resah, biarpun kita berada ditengah-tengah keributan yang luarbiasa.
Ketenangan sejati adalah kedamaian di dalam hati, bukanlah semata-mata kerana kedamaian di sekeliling.
Carilah ketenangan yang sejati itu.Tentunya ia milik pada sekeping hati. Maka gapailah ia dengan zikrullah. Mendaki puncak ketenangan dengan zikrullah.
Lihatlah betapa adil dan bijaksananya Allah, Dia meletakkan punca ketenangan pada zikrullah. Maka, walau siapa pun dia, orang kaya atau susah, tua atau muda, rakyat biasa atau raja yang berkuasa, masing-masing berhak mendapat ketenangan, dan Allah meletakkannya pada sesuatu yang terbuka konsepnya iaitu zikrullah.
Jadi sesiapapun boleh mengambilnya. Demikianlah keadilan Allah.
Sesungguhnya zikrullah itu akan melapangkan biarpun hidupmu di dalam gubuk yang sempit. Biarpun makan dan minum sekadarnya, biarpun pakaian penuh tampalan. Namun kuntuman senyuman masih mampu kau simpulkan kerana ketenangan bertahta di hatimu bukan pada alam persekitaran di sekelilingmu....
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...