Bersegeralah mengambil keuntungan dari pintu kehidupan selagi belum ditutup untukmu.
Perbanyaklah melakukan amal-amal baik selagi masih ada kesempatan.
Cepatlah memasuki pintu taubat sementara pintu itu terbuka bagimu.
Gunakanlah pintu doa selagi ia terbuka bagimu.
Gunakanlah kesempatan bergaul dengan orang-orang soleh.
Selagi kesempatan itu terbuka untukmu.
Bangunlah apa yang telah kamu rosakkan.
Cucilah apa yang telah kamu lumuri dengan najis.
Perbaikilah apa yang kamu telah robohkan.
Bersikanlah apa sahaja yang telah kamu kotori.
Kembalikanlah apa yang telah kamu ambil.
Kembalilah kepada Tuhanmu dari kepergian dan larimu.
Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada-Nya.
dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari-Nya.
Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu.
dan setiap amal yang dilakukan kerana
Dia bererti untuk-Nya, jika kamu beramal dan meminta ganti
maka balasannya adalah makhluk.
Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah s.w.t. , balasannya
adalah kedekatanmu dengan-Nya dan memandang kepada-Nya,
kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu.
Apalah ertinya dunia, akhirat dan segala sesuatu selain Dia,
Jika dibandingkan dengan Dia?
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Wallahu a'lam.