jika mencintai seseorang rahsiakan rasa cinta itu
kerana Allah Maha Mengetahui
jika kita mengasihi seseorang pendamkan rasa itu
kerana Allah merancang sesuatu
jika kita menyayangi seseorang hadirkan perasaan itu
pada Allah kerana Allah pasti menyambutnya
jika kita merindui seseorang pasakkan perasaan di dalam
lubuk hati yang paling dalam
kerana Allah sudah menyimpannya di dalam
rasa yang perlu kita pendam
jika kita mengimpikan bahagia dengannya
alirkan dengan doa mujahadah pinta pada Allah
moga istikharah menjadi penawar gelisah
dalam berukhwah
jika kita hadir rasa cemburu terhadap seseorang jangan
sesekali kita luahkannya kerana dia masih belum milik kita
adulah pada Allah moga hatinya tetap untuk kita
moga rasanya ada buat kita
dan moga cintanya tersimpan rapi untuk hati
seorang perempuan yang bakal digelar isteri...
aku tidak minta dirimu sehebat mereka
mampu berpanah kata petah membuka bicara
yang aku pinta suci malumu menghiasi peribadiku
diammu bukan kerana tidak mampu berbicara
tetapi demi menjaga redha dan baraqah dari-Dia
aku tidak minta dirimu secantik bidadari dunia
mampu mencairkan mata dan hati adam yang terpana
yang aku pinta kecantikan akhlak luhur peribadimu
sopanmu tanda kau solehah
cintai agamanu bukti kau hamba Allah
aku tidak pinta darimu tulus menabur janji setia
merakam kata bahagia mengukir kata syurga
yang aku pinta bekalan nasihat dan doa darimu
setia menemani hari-hariku
tanda ingatan aku dan dikau kepunyaan-Dia
Aku tidak pinta darimu pandai bergaya
pakaianmu mengikuti corak semasa
yang aku pinta cerminan gayamu di dalam syarak agama
terpelihara auratmu, terjaga maruah dirimu dan keluargamu
lambang dikau serikandi agama
aku tdak pinta suaramu lunak yang mampu mengasyikkan mereka
alunan yang tega menggugat iman mereka
yang aku pinta suaramu yang mampu memberi kata semangat
kata nasihat disaat aku tenat pada detik aku tidak mampu untuk melihat
setia suara itu berdoa dan mengingatkanku bahawa kita ada Pencipta
aku tidak minta dirimu sempurna dari segala
tepat memenuhi cita rasaku
yang aku pinta agar aku mampu menjadi pelengkap hayatmu
melengkapi kekuranganmu dan kekuranganku
untuk sama kita rasa tribulasi ranjau kehidupan ini.
~secangkir bicara~