Friday, 24 March 2017

KALAU BUKAN KERANA ENGKAU...



Kalau bukan kerana engkau yang menitipkan rasa cinta di hatiku aku enggan menerima.
Kalau bukan engkau yang menciptakan rasa cinta di hatiku, aku enggan mengakui aku merasakannya.
Kalau bukan kerana engkau yang mampu menjaga hatiku, aku enggan menjadi pasrah ditumbuhi rasa cinta.

Kerana Engkau Maha Kuasa maka aku percaya
Kerana Engkau Maha Memaafkan maka aku terus meminta maaf pada-Mu atas cinta yang tumbuh untuk dia.
Kerana Engkau Maha Baik aku mohon jangan terlalu lama Kau biarkan hatiku seperti ini. Merasakan cinta namun tak mampu mengungkapkan, merasa rindu namun takut menjadi keharaman.
Jikalau memang Engkau redhai aku mohon percepatkan dan perlancarkan proses kami menjemput keredhaan dengan kehalalan...






Kau tak rindukah?

Bercerita tentang hujan padaku.
Seakan aku paling tahu segala tentang hujan
Padahal aku belajar tentang hujan yang datang bersamaan denganmu
Maka malam ini, ketika aku harus menaklukkan gelap
Menyusuri jalan setapak di bumi nan sunyi
Sesekali aku yakinkan bahawa aku berani
Seketika titik-titik lembut mengusap pipiku
Seketika pula aku mengingatmu dan Pencipta Rasa Rindu

Ku selesaikan tugasku dikegelapan, diudara luar yang berbalut petrichor
Tanganku bekerja dalam nyata
Hatiku bekerja kerana duka
Fikiranku bekerja kerana logika
Mataku bekerja menitiskan airmata

Aku angkat daguku tinggi hendak bertegar
Aku lihat langit sangat cerah namun titikan hujan terus menjatuhi wajahku

Apa kau rindu aku?
Tanyaku sambil menatang hujan...



Ada yang kusamarkan di belakang hujan deras semalam...jelas suara parau dari kelelahan yang selama ini kuanggap lumrahnya sebuah perjalanan, jelas guruh di dada, sebab rindu dan kecewa yang sulit sekali kuanggap tiada...
Ah...rindu ini liar...





Wahai Rabb Pemilik cinta
Terima kasih kau titipkan sebuah cinta dihatiku
Wahai Rabb penumbuh cinta
Terima kasih kau tumbuhkan cintaku padanya yang belum pernah aku temui
Wahi Rabb penumbuh rindu
Terima kasih kau buat cintaku berbuah kerinduan kepadanya

Tapi Wahai Rabb Maha Penjaga
Tolong jaga cintaku selalu dalam keredhaan-Mu
Wahai Rabb Maha Penguji
Bantu aku melalui ujian-Mu yang merupa kerinduan kepada dirinya
Wahai Rabb maha Kuasa
Kau pasti mampu jagakan hatinya untukku dan jagakan aku untuknya

Wahai Rabb Maha Pemilik dan Yang Maha Berhak Mengambil semua yang dititipkan
Kuatkan aku bila suatu hari Kau ambil kembali cinta ini dari hatiku yang sangat rapuh
dan mudah retak...






~ NSB

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...